Namia Blog http://www.namiacinta.com Kehidupan Yang Penuh Dengan Kecelaruan Tue, 28 Jul 2015 17:21:04 +0000 en-US hourly 1 http://wordpress.org/?v=488 Kekotoran Di Taman Cyberjaya http://www.namiacinta.com/2015/07/kekotoran-di-taman-cyberjaya/ http://www.namiacinta.com/2015/07/kekotoran-di-taman-cyberjaya/#comments Tue, 28 Jul 2015 17:21:04 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4304 C360_2015-07-26-16-50-23-247

Pemandangan ini biasa terdapat di taman-taman yang ada dekat lembah klang nieh. kanak-kanak paling suka tempat-tempat macam nie lagi-lagi mereka akan bertemu dengan kawan baru yang akan teman mereka bermain walaupun untuk seketika waktu.

sepatutnya taman-taman sebegini lah yang harus di jaga sebaik mungkin sebab kalau taman-taman ini tiada mungkin kanak-kanak generasi akan datang dah tak akan kenal apa itu taman permainan selain gadjet yang akan membunuh minda mereka.

tapi malangnyaa ada sesetengah manusia yang langsung tak reti-reti nak jaga kebersihatan tempat awam sebegini, bukan mintak mencuci seluruh kawasan tapi minta JANGAN BUANG SAMPAH MERATA itu pun mereka gagal lakukan.

walaupun ada manusia yang memang tak tahu nak jaga kebersihan tapi dimanakah mereka yang di amanahkan untuk menjaga kawasan ini? adakah kawasan ini di biarkan selepas ianya siap untuk kemudahan penduduk setempat?

C360_2015-07-26-16-49-19-443

C360_2015-07-26-16-49-30-064

inilah keadaan sekitar taman cyberjaya, saya boleh terima kalau “mereka” kata isnin baru ada orang yang akan bersihkan tapi melihat sampah yang bertaburan di  ada yang sudah terlalu lama di situ buatkan kita tahu tempat itu tiada siapa yang jaga.

okey memang tak keterlaluan kalau saya kata taman cyberjaya akan “reput” tidak lama lagi kalau toada siapa yang menjaga kawasan tersebut.

C360_2015-07-26-16-54-29-534

C360_2015-07-26-16-52-30-723

C360_2015-07-26-16-51-17-631

Apa fungsi bangunan ini sebenarnya kalau hanya dibiarkan begitu saja, saya percaya bangunan ini di bina dengan kos yang berjuta ringgit tapi ianya di bazirkan sebegitu saja.

kawasan sekeliling yang tidak di jaga menyebabkan bangunan yang gah itu nampak menakutkan dan tidak ada siapa mahu bersantai di sana.

C360_2015-07-26-16-54-46-736

C360_2015-07-26-16-56-20-527

pokok-pokok di situ telah di label dengan nama-nama tersendiri tapi kawasan persekitaran yang agak tidak bersih buatkan pokok-pokok itu terbiar tanpa ada siapa yang mahu mengetahui itu pokok-pokok apa yang mungkin boleh di jadikan pengetahuan AM..

C360_2015-07-26-16-51-39-764

jambatan yang ada sudah mula mereput dan agak membahaya pada kanak-kanak yang gunakan laluan tersebut .. ( jambatan tu memang senget dan sudah ada yang berkarat )

C360_2015-07-26-16-55-37-052

C360_2015-07-26-16-55-48-261

andai keadaan ini berterusan tak mustahil kawasan ini akan menjadi sarang menagih dadah melepaskan gian dan mungkin menjadi port untuk orang-orang berekrlakuan tidak baik ..

mungkin kawasan ini agak terpencil daripada tempat lain, ye lah taman ni kan berada di sebelah belakang sekali jadi mungkin sebab tu taman ini terbiar begitu saja tanpa ada siapa yang menjaganya. buat apa bazirkan duit berjuta tapi sudahnya jadi begini …

rasanya kalau diberikan penambahbaikkan taman cyberjaya tu dan kemudaha yang lengkap mungkin tempat ini mampu menjadi tarikan penduduk-penduduk sekitarnya.  mungkin di sebabkan taman cyberjaya ini tidak se-gah putrajaya maka taman cyberjaya ini di abaikan..

Nota : mohon pihak-pihak berwajib mengambil tindakan segera mengatasi keadaan ini …

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/kekotoran-di-taman-cyberjaya/feed/ 2
Sambutan Hari Raya Di Pejabat http://www.namiacinta.com/2015/07/sambutan-hari-raya-di-pejabat/ http://www.namiacinta.com/2015/07/sambutan-hari-raya-di-pejabat/#comments Mon, 27 Jul 2015 13:50:10 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4294 C360_2015-07-27-14-09-55-929

Pada awal perancangan nak buat kecik-kecik je dua department tapi saat akhir bertukar plan bila kita orang hantar jemputan kepada beberapa department. ye lah kan kalau tak jemput ada yang buat muka itu dah satu hal, bila dah buat muka sampai tahun depan mereka akan mengata .. jadi majlis makan-makan nieh dah jadi besar-besaran.

ini lah tuan rumah yang menjayakan majlis makan-makan hari raya pada hari ini dengan konsep pock luck … bukan tak mahu guna duit entertainment cuma biarlah duit tu untuk event yang lebih besar hujung tahun nanti …  konsep macam nieh baru lah meriah kan..

C360_2015-07-27-13-09-24-651

Kata bos saya sebelum makan kena ambik gambar jadi sebagai pekerja yang menurut arahan kenalah selfie sebelum makan …. di mana ada kamera di situ akan ada saya jadi sila jangan nak mimpi ngeri sangat okey ..

C360_2015-07-27-13-37-56-052

mereka nieh memang kalau dah jumpa kamera memang perangai gedikss tak hengat jadi layan kan je lah.. bila lagi nak nampak mereka gediks cam nieh kan.

C360_2015-07-27-13-36-03-976

nasib ler korang dapat kawan macam kanak-kanak riang tu memang perangai dia ntah apa-apa jadi sila bertabah lah ye .. kihkihkih cantik betul karen tu pakai baju kurung … pssttttt si karen tu pun kaki gosip okey jangan tak caya .. bhahahahaha

C360_2015-07-27-13-12-56-779

nampak tak nampak tak .. kalau saya masuk kan semua gambar hari nieh tak tahu lah berjela mana entry nieh jadi kena masuk kan mana yang saya rasa nak masuk je lah ….

terima kasih geng sebab menjayakan majlis hari nieh yang tiba-tiba jadi terlebih meriah … kalau korang tak ada mesti tak jadi majlis hari nieh …. lain tahun kita buat lagi tau tau tau dengan edisi yang lebih gempak ….

 

Nota : makanan semua sedap sangat sampai rasa nak makan lagi …

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/sambutan-hari-raya-di-pejabat/feed/ 1
Kehidupan Lebih Sihat Dengan Hexagon http://www.namiacinta.com/2015/07/kehidupan-lebih-sihat-dengan-hexagon/ http://www.namiacinta.com/2015/07/kehidupan-lebih-sihat-dengan-hexagon/#comments Sun, 19 Jul 2015 10:43:01 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4290 C360_2015-07-19-13-36-59-279

Selalunya kalau nak minum air alkaline saya selalu ambik dekat rumah pakcik saya, ye lah dekat rumah pakcik saya je yang ada mesin air alkaline tu buat masa ni. kata pakcik saya mesin dia saja dah cecah RM12K .. makaihhhh mahal tu jadi memang tak lah nak beli mesin tu semata-mata nak minum air alkaline jadi beberapa bulan ni kita orang ambik saja dekat rumah pakcik saya …

tapi hari tu kita orang jalan-jalan dekat subang parade nampak satu kedai yang jual mesin air alkaline dengan harga yang agak murah tapi masa tu tak terus beli lah cuma servery je dulu kan.. balik tu kita orang google tengok review mereka yang pernah guna mesin nieh.. bila dah baca review mereka baru lah kita orang buat keputusan untuk beli mesin nieh.. lagi pun mesin nieh tak gunakan elektrik jadi kira selamat lah..

Mesin nieh tak perlukan ruang yang besar sangat sebab mesin ni kecik je jadi ada ruang yang mencukupi pun sudah memadai paling penting dekat dengan paip air ….. kira mesin nieh baru je pasang dekat rumah kita orang jadi tunggu review seterusnya …

ehemmm korang yang memang sedang mencari mesin air alkaline dengan harga yang berpatutan boleh usha online shop  untuk dapatkan produk yang sama macam yang kitaorang beli …

 

Nota : nantikan review seterusnya tentang produk nieh ye

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/kehidupan-lebih-sihat-dengan-hexagon/feed/ 5
BCard http://www.namiacinta.com/2015/07/bcard/ http://www.namiacinta.com/2015/07/bcard/#comments Sat, 18 Jul 2015 16:33:34 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4282 20150712_145546

Hari tu balik dari kerja saja lah check peti surat ( jarang check peti surat ) kot-kot ada surat sampai, sekali ada beberapa surat dan salah satunya atas nama saya … jadi sampai rumah terus letak surat tu atas meja tak berusik sebab masa tu tengah sakit jadi memang tak lah nak tengok surat-surat yang sampai tu.

bila dah beberapa hari sakit memang terlupa langsung dekat surat-surat yang baru dapat tu, beberapa hari sebelum raya masa kemas-kemas ternamak surat yang belum di buka lagi .. jadi lepas kemas-kemas tu baru lah ada masa nak bukak surat-surat tu semua..

Nampak surat yang di sertakan dengan kad jenuh fikir itu kad apa dan bila masa saya apply itu kad … sekali nampak apps LINE jadi baru ingat itu adalah kad tebus poin..

Pada korang yang memang kaki LINE memang sesuai sangat untuk ada kad ini, sebab setiap mesej atau sticker atau apa-apa aktiviti yang korang lakukan menerusi LINE akan di berikan point.. setiap 1000 point korang boleh transfer ke dalam kad ini dan bila point korang dah banyak korang boleh tebus barang yang korang mahukan asalkan point barang tu mencukupi..

cara nya mudah korang pergi dekat app LINE – klik kat dua orang – dekat kanan sebelah bawah ada gambar bear klik situ – klik dekat “don’t have a BCARD accoun ” – baca arahan dan ikut arahan seterusnya ( kena klik dan klik sampai ke website bcard untuk register )  bila dah siap register tunggu kad sampai dan ikut step ( dalam surat yang di sertakan ada arahan ) dan boleh pindahkan point yang korang dapat ke dalam kad tu .. min point adalah 1000 tak boleh lebih tak boleh kurang .

jadi korang yang memang selalu guna LINE ada peluang kumpul seberapa banyak poin yang korang mahukan, jadi nanti boleh guna untuk tebus apa-apa barang yang korang nak ..

BCARD tu saya buatkan untuk adik saya sebab memang dia yang guna LINE jadi saya yang akan tukang habiskan point dia .. hehehehehe baik tak saya … jadi korang yang tak mahu point-point tu boleh lah bagi saya ye ….

boleh lah korang cuba lagi pun sambil korang bersosial sambil kumpul point jadi untung pun untung jugakkan …. dah dapat banyak point jangan lupa belanja saya tau …

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/bcard/feed/ 1
Bawal Dull Satin By IQAISH http://www.namiacinta.com/2015/07/bawal-dull-satin-by-iqaish/ http://www.namiacinta.com/2015/07/bawal-dull-satin-by-iqaish/#comments Tue, 14 Jul 2015 14:52:59 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4278 C360_2015-07-14-22-20-49-008

Minggu lepas sorang kawan buat jualan lelong sempena raya, bila nampak kawan tu buat jualan lelong apa lagi terus lah order dua pasang lagi pun tudung untuk raya belum ada lagi jadi sekali jalan kiranya nieh ….

Puas hati sangat dengan tudung nie, selalunya kalau beli tudung bawal susah nak dapat yang bidang besar tapi yang ini memang bidang besar ( pada saya ) jadi tak lah rasa kurang selesa sebab tudung singkat ke apa ke… lagi satu tudung ni boleh pakai macam kita pakai shawl tu.. ikut mana kita rasa selesa dan berkenan.

banyak lagi warna cantik-cantik yang ada korang boleh pilih warna apa yang korang suka … bukan itu saja dull satin ni selalin korang buat tudung korang jugak boleh buat dress, skirt labuh, baju dan ikut korang nak buat apa …

kalau korang tercari-cari kain satin yang lebut, tak panas, selesa, cantik korang boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut …

 

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/bawal-dull-satin-by-iqaish/feed/ 2
Duit Raya Walaupun Belum Raya Lagi http://www.namiacinta.com/2015/07/duit-raya-walaupun-belum-raya-lagi/ http://www.namiacinta.com/2015/07/duit-raya-walaupun-belum-raya-lagi/#comments Sun, 12 Jul 2015 17:19:22 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4273 20150713_002540

Biasanya orang bagi duit raya bila hari raya je tapi saya belum raya dah dapat duit raya, nampak tak betapa gembiranya jadi saya. walaupun tak banyak mana duit raya tu tapi tetap jugak namanya duit raya kan .. heheheheh terasa macam kanak-kanak riang pulak bila dapat duit raya.

cakap pasal duit raya lah kan bila ingat balik masa paling gembira adalah masa kecik-kecik dulu bila tiba hari raya je mesti akan melompat dengan riang sebab boleh dapat duit raya banyak-banyak bila pergi beraya rumah orang ( jiran )  tapi bila tahun demi tahun berlalu jangan kata nak dapat duit raya sampul raya je yang dapat itu pun bila dah start kerja jadinya memang dah tak akan dapat duit raya lagi lah

kalau dapat pun mesti orang akan ingat saya nie kanak-kanak riang yang masih belajar lagi, kadang-kadang senyum saja lah bila bagi tahu umur saya yang sebenar itu pun masih lagi orang tak percaya.. jadi sila jangan marah saya kalau ada yang sudi bagi saya duit raya dan kata saya masih muda ye..

tinggal lagi beberapa hari saja kita berpuasa lepas tu dah raya, kenapa tahu nie terlalu cepat sangat berlalu, rasa macam baru semalam mula puasa ..  kenapa kenapa kenapa .. sob sob sob

baiklah kalau ada sesiapa yang sudi bagi saya duit raya boleh lah hubungi saya ye, laju-laju saya tadah tapak tangan .. ye lah kan orang nak bagi tak kan saya nak tolak pulak.. tak baik tolak rezeki .. banyak kali tolak rezeki nanti-nani rezeki dah tak datang sendiri baru tahu jadi sila jangan tolak rezeki yang datang ye …

 

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/duit-raya-walaupun-belum-raya-lagi/feed/ 2
Maya Apartment PD Marina Resort http://www.namiacinta.com/2015/07/maya-apartment-pd-marina-resort/ http://www.namiacinta.com/2015/07/maya-apartment-pd-marina-resort/#comments Sun, 12 Jul 2015 06:03:57 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4266 20150704_152849

Kali ini kita ubah citarasa dari bilik hotel ke apartment satu bilik, sebenarnya apartment ini ada banyak bilik cuma kali ini saya bawakan apartment satu bilik saja. manalah tahu ada di antara korang yang bercadang untuk pergi bercuti.

kali ini Maya Apartment PD Marina Resort menjadi pilihan, lokasi yang agak strategik dengan segala kemudahan ( berdekatan dengan highway dan pasaraya family store ) dan jarak dari tempat penginapan dengan pantai lebih kurang 1km ( kalau tak salah saya )

20150704_153015

20150704_153241

Apartment ini sesuai untuk satu keluarga untuk bemalam, ruang tamu yang cukup selesa untuk bersantai sambil menonto cerita pilihan atau sekadar borak-borak sebelum meneruskan aktiviti ..

20150704_152950

pada saya kalau berdua boleh lah untuk tinggal di apartment satu bilik ini tapi kalau yang ada anak-anak ramai boleh ambil apartment yang dua bilik untuk keselesaan. tapi pada saya ini dah kira ok jugak lagi pun kalau pergi bercuti setakat nak tinggal dalam bilik bukan bercuti namanya …

memandangkan apartment ini dekat dengan bazar ( lupa nama bazar tapi macam uptown ) jadi pada malam minggu akan sedikit bising dengan suara-suara mereka yang ambil bahangian menyanyi .. jadi sila bertabah lah ye..

harga satu malam apartment ini hanya MYR150 itu kalau korang booking dekat booking.com kalau korang pandai cari mungkin korang boleh dapat harga yang lagi murah siapa tahu. saya suka cari dekat situ sebab biasanya tidak perlu bayar bila daftar masuk baru buat pembayaran itu yang saya suka.

lokasi tempat ini senang saja kalau ikut shortcut dari bulatan teluk kemang tu korang boleh ikut kedai-kedai yang yang ada dekat bulatan tu terus kebelakang ada simpang masuk kiri terus je nanti korang akan jumpa tenpat ni,  atau kalau korang terlepas bulatan tu pun korang boleh jalan terus nanti korang akan nampak signboard PD Marina World korang ikut jalan tu ( satu jalan yang sama )

ada dua tarukan baru dekat port dickson kalau korang belum tahu, satu adalah rumah terbalik an satu lagi adalah muzium 3d di bandar lukut jadi boleh lah bercuti dengan gembira selain dapat main pasir di pantai ..

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/maya-apartment-pd-marina-resort/feed/ 1
Iftar Bersama Warga Emas Warisan Kasih http://www.namiacinta.com/2015/07/iftar-bersama-warga-emas-warisan-kasih/ http://www.namiacinta.com/2015/07/iftar-bersama-warga-emas-warisan-kasih/#comments Sun, 12 Jul 2015 05:24:56 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4259 wk3

Ini merupakan tahun ke tiga ( kalau tak silap saya ) saya menerima jemputan untuk berbukan puasa bersama-sama warga emas warisan kasih. terim kasih banyak atas jemputan nya …

tidak seperti tahun-tahun sebelum ini kali ini majlis berbuk pusa diadakan dalam suasana yang cukup santai bukannya formal seperti tahun-tahun sebelum ini.. turut serta pada majlis berbuka puasa di warisan kasih adalah pelajar-pelajar dari sekolah seri puteri cyberjaya.

wk4

pada majlis tersebut juga beberapa orang pelajar berbeluang menyampaikan tazkirah di hadapan warga emas warisan kasih dan tetamu yang turut di undang sama pada hari tersebut.

20150710_184245

mereka lakukan aktiviti bersama-sama demi meraikan warga emas warisan kasih, bukn itu saja cara mereka melayan warga emas di warisan kasih pada hari tersebut sedikit sebanyak memberikan sedikit kegembiraan buat mereka yang tinggal di situ.

wk1

inilah pelajar-pelajar sekolah seri puteri cyberjaya yang turut menjayakan iftar pada hari tersebut. terima kasih banyak-banyak pada pihak warisan kasih atas jemputnnya, walaupun majlis berlangsung dalam keadaan sederhn tapi meriah ianya dapat mengubat kerinduan dekat tempat tu …

semoga tahun depan kita bertemu lagi dalam acara yang sama .. :)

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/iftar-bersama-warga-emas-warisan-kasih/feed/ 0
Biarkan Sebab Tunggu Masa http://www.namiacinta.com/2015/07/biarkan-sebab-tunggu-masa/ http://www.namiacinta.com/2015/07/biarkan-sebab-tunggu-masa/#comments Mon, 06 Jul 2015 15:25:40 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4251 kerja

Hari ni nak kata sibuk tak jugak nak kata tak sibuk pun tak jugak tapi boleh tahan jugak lah kerja yang kena buat, biasalah kan isnin memang banyak benda nak buat lagi-lagi sabtu tak banyak sangat kerja yang boleh di lakukan tu yang kena sambung hari sinin.

macam biasa setiap hari keluar masuk pejabat untuk urusan kerja, bertabahlah dalam cuaca panas yang melampau sebab tu malas nak keluar sangat pejabat lagi-lagi bulan puasa boleh terbatal puasa di buatnya bila terlalu lama berada di luar pejabat.

tengah busy-busy scan dokument nak send dekat akaun tiba-tiba bos saya berdiri sebelah sambil pegang kertas .. nampak jugak lah angka=angka kat kertas tu tapi buat tak tahu je .. saya perasan dia pandang kiri dan kanan macam nak cakap sesuatu  jadi saya tanya dia kenapa …

 

Setiap produk yang dihasilkan oleh TudungSiComel adalah dipastikan ianya:
✔ MUDAH – Awning Lembut, mudah dibasuh dan dipakai. Dihasilkan menggunakan materiel berkualiti.
✔ LEMBUT – Kita hanya pilih materiel yang lembut dan gebu-gebu gitu (^_^)
✔ SELESA – Potongan khas untuk kanak-kanak bagi menjamin keselesaan dan ianya sesuai untuk dipakai harian dan juga dibawa ke majlis-majlis
Jemput ke Butik Online Mesra Smartphone kita dengan klik pada link di bawah:
tudungsicomel.com

 

 

” lain kali semua kerja u report dekat i bukan dekat dia, dia sekarang dah over right banyak kerja i” sambil dia buat muka tak suka … saya yang tak tahu nak kata apa cuma say sorry je sebab tak jangka itu yang dia nak kata.

ohhhh saya ingat dia tak tahu apa yang sedang berlaku, saya jenis malas nak bukak cerita jadi saya biarkan je lah bos saya yang kata sendiri dekat saya … bila dia sendiri dah tahu apa yang sedang berlaku  mesti dia tahu apa nak buat.

sebenarnya sebelum bos saya kata macam tu saya dah bertekak dengan dengan budak tu pasal agreement bagunan … dia boleh kata “lupa” ketika saya sudah separuh buat arrangement untuk orang datang service tapi tak boleh nak teruskan sebab agreement yang dia terlupa tu …. saya tanya dekat dia “bos tahu ke tak pasal nieh?” budak tu kata “tak ada kaitan dengan bos sebab orang lain yang request” saya yang malas nak bertekak dengan itu budak terus kata “tak apa lah” dan terus nak keluar dari bilik tu tapi budak tu tahan dan kata ” boleh tak u hormat i sebab u under i” kecik besar kecik besar je saya pandang dia lepas tu saya kata ” sorry i bukan under u” dan saya terus keluar dari bilik tu …

sebenarnya kalau saya bertekak dengan itu budak pun masa bos saya ada .. bos saya akan biarkan je sebab bos saya memang dah tahu pattern saya macam mana, kalau saya tak suka saya akan cakap masa tu jugak memang tak akan diam punya ….

korang jangan ada perangai macam tu sebab orang sekeliling tak akan suka dengan sikap dan apa yang kita buat .. sekali orang dah tak suka kita sampai bila-bila pun orang akan kata apa yang mereka tak suka.

 

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/biarkan-sebab-tunggu-masa/feed/ 2
Berhati-Hati Dengan Taqbin Yamato Courier Service http://www.namiacinta.com/2015/07/berhati-hati-dengan-taqbin-yamato-courier-service/ http://www.namiacinta.com/2015/07/berhati-hati-dengan-taqbin-yamato-courier-service/#comments Thu, 02 Jul 2015 12:44:58 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4246 taqbin (1)qq

hujung bulan lepas saya ada membeli barang dari penang melalu online, selepas selesai membuat pembayaran barang yang di mahukan penjual telah memberikan saya saya nombor traking pada mulanya saya hanya biarkan saja nombor traking tersebut sebab menganggap barang akan sampai dalam masa terdekat ..

tapi bila lama menunggu barang yang saya beli itu masih belum terima lagi jadi saya menghubungi semula penjual barang tersebut. selesai komunikasi dengan penjual saya check status sama ada barang tu sudah sampai mana .. memang saya nampak status online barang tersebut jadi saya anggap barang akan terima pada esok harinya.

semalam 1 julai 2015 bila barang masih lagi tak sampai saya menghubungi khidmat pelanggan courier service tersebut untuk tahu di mata barang saya berada …

taqbin

Semalam dua kali saya hubungi mereka untuk tahu di mana barang saya, malangnya mereka kata masih dalam siasatan di mana barang saya. dan mereka janji mahu hubungi saya semula untuk memberikan jawapan. malangnya tiada berita dari mereka.

hari ini tiga kali saya hubungi mereka hanya untuk tahu di mana barang saya berada tapi jawapan mereka tetap sama masih dalam siasatan malang banggang sorang staff mereka minta saya drop email untuk minta mereka hantarkan barang saya..

apa punya corier service ini kena drop email untuk mintak hantarkan barang, bila staff tu kata macam tu saya lagi lah marah … sebab tak puas hati dengan jawapan bangang macam tu saya call sekali lagi tapi ternyata jawapan sama “mereka tak tahu di mana barang saya” dan mereka kata mahu call branch penang untuk semak status barang saya.

saya ada kata dekat mereka jika esok barang saya tak sampai saya akan buat laporan polis sebab kehilangan barang yang di kirimkan hanya sebab kecuaian mereka .. jadi kita tengok saja apa jawapan mereka esok ..

sebenarnya ini pertama kali saya dengan nama courier service nieh, tak kisah lah baru lagi ke apa ke tapi silalah buat kerja dengan berhemah jangan buat orang tertunggu-tunggu jawapan ingat orang tak ada kerja lain ke nak buat.

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/07/berhati-hati-dengan-taqbin-yamato-courier-service/feed/ 2
Grand Beach Resort Port Dickson http://www.namiacinta.com/2015/06/grand-beach-resort-port-dickson/ http://www.namiacinta.com/2015/06/grand-beach-resort-port-dickson/#comments Mon, 29 Jun 2015 01:00:48 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4228 39801893

Pada korang yang sukakan suasana tenang dan sukakan laut bolah lah usha-usha resort atau hotel di sekitar Port Dickson, dekat sana banyak jugak hotel dan resort yang berdekatan dengan pantai salah satunya adalah The Grand Beach Resort yang terletak berdekatan dengan pantai .

C360_2015-06-27-15-38-28-801

sama ada korang datang bercuti berpasangan atau sendiri boleh cuba bilik Superior Twin Room, apa yang best nya bilik ini mempunyai balkoni jadi korang boleh duduk dekat balkoni sambil minum coffee paling best sekali mereka sediakan sejadah dan ada ruang yang agak luas untuk solat.

C360_2015-06-27-15-38-38-542

 

C360_2015-06-27-15-38-47-014

ini paling penting kalau tak ada benda nieh macam mana korang nak buat coffeekan, jangan risau mereka juga sediakan coffee dan tea untuk di bancuh tinggal korang pilih je nak yang mana.

C360_2015-06-27-15-38-09-962

C360_2015-06-27-15-37-47-856

masa mandi korang boleh lah berangn macam-macam semasa gunkan bath tab nieh, berapa lama pun korang nak berendam tak ada siapa yang nak marah lagi-lagi kalau korang sorang je dalam bilik …  nampak tak nampak tak ….

C360_2015-06-27-15-39-23-551

sekarang korang boleh lepak dekat balkoni sepuas hati korang, lagi-lagi kalau korang dapat bilik mengandap pool lagi lah korang akan rasa bahagia sangat dan mesti korang tak akan rasa menyesal pilih ini bilik…

tempat nieh ada swimming pool jugak sebelah belakang, jalan kaki sikit akan sampai dekat laut, korang boleh pilih sama ada nak main dekat laut dulu baru terjun swimming pool korang punya suka.

kalau tanya pasal harga korang boleh usha dekat booking.com mungkin korang boleh dapat MYR 100 siapa tahu kan biasanya MYR 200++ jadi korang kena pandai cari .. kenapa saya sellu pilih booking.com, sebab dekat booking.com tak payah bayar dulu cuma buat tempahan, masa korang check in baru buat pembayaran lagi satu kadang-kadang boleh dapat harga yang tak masuk akal jugak …

 

Address:

5th Mile, Jalan Pantai
Port Dickson, 71050, Malaysia

Phone:

+6066474090

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/06/grand-beach-resort-port-dickson/feed/ 0
Sesi Kaunseling Dengan Maid http://www.namiacinta.com/2015/06/sesi-kaunseling-dengan-maid/ http://www.namiacinta.com/2015/06/sesi-kaunseling-dengan-maid/#comments Fri, 26 Jun 2015 16:26:57 +0000 http://www.namiacinta.com/?p=4221 pisikologi-compressor

 

Sebenarnya bukan bidang saya pun untuk bagi kaunseling pada orang tapi terpaksa jugak bagi kaunseling dekat maid bos beberapa hari lepas.

maid bos saya yang baru nie asal dari indonesia tapi masa mula-mula dia datang saya ingatkan dia dari afrika sebab kalau tengok sepintas lalu memang ada gaya-gaya afrika gitu. masa tu saya masih berada di jabatan lain jadi tak berapa nak ambik tahu sangat apa yang berlaku tapi bila saya berpindah ke jabatan baru bulan 4 hari tu kenalah ambik tahu.

maid yang baru nie memang langsung tak tahu apa yang dia nak kena buat, dari kerja membersih sampailah ke semua kerja dia langsung tak reti sampai bos saya tanya dekat saya “agensi nie tak beri latihan ke dekat maid nieh” saya dia je sebab tak ada jawapan nak bagi ye lah kan bos saya sendiri yang cari maid tu.

jadi bermula lah tugasan saya yang sangat mencabar untuk mengajar maid tu macam mana nak buat kerja dari cara nak sampu sampah, dari cara nak mop lantai dan cara nak cuci tandas semua saya yang kena. setiap kesilapan yang maid tu buat saya yang akan kena kena jawab …

apa korang ingat senang ke nak ajar seseorang yang kita tak tahu latar belakang dan susah nak terima arahan kita .. serius itu part yang sangat mencara kesabaran saya sebab maid nieh langsung tak mahu dengar kata saya dan dia tetap buat apa yang dia suka …

tapi sebab saya nie punya kesabaran yang tinggi saya tetap tunggu sampai maid nie boleh dengar kata saya tanpa saya paksa … sampailah satu hari maid nieh tiba-tiba nak dengar kata saya jadi sejak tu kerja saya jadi mudah …

sejak tu saya ajar dia pelan-pelan sekurang-kuranya tak ada siapa yang buat aduan pasal kebersihan sebab saya paling menyampah orang yang sikit-sikit nak buat aduan. sejak saya buatkan dia jadual kerja dia dah semakin teratur dan tak ada aduan lagi tentang kebersihan sekitar pejabat ..

tapikan …

masa mula-mula dia datang tu kan dia tak reti nak buat apa-apa sampai keluarga big bos tak mahu dia dekat rumah tu, jadi dia nieh di tempatkan dekat rumah bos saya yang lagi sorang.. dekat sanalah dia belajar sikit-sikit macam mana nak kemas rumah, basuh baju, iron baju dan semuanya lah..

tapi lama-lama keluarga bos saya nieh tak tahan dengan sikap dia yang bila di suruh baru buat kalau tak suruh memang tak akan buat … sebab tu lah keadaan jadi tak berapa nak baik … jadi bila bos saya cerita dekat saya dan mintak saya buat sesuatu jadi bermula lah tugasan saya memberi kaunseling ..

petang khamis tu saya panggil dia masuk bilik meeting, memang sengaja saya ajak dia borak-borak dekat tempat tertutup supaya dia rasa selesa .. tapi saya pulak yang rasa tak selesa sebab itu adalah tugasan yang mencabar ..

Saya : macam mana kerja dekat sini ok tak?
Maid : ok
Saya : seronok ke kerja dekat sini?
Maid : Seronok

sebenarnya saya tak berapa suka bila berbualan di balas sepatah-sepatah tapi saya tahu masa itu kesabaran adalah sangat penting.

Saya : best tak tinggal dekat rumah bos
Maid : best
Saya : mereka baik sama u tak
Maid : semua baik dengan saya tapi aunti marah-marah
Saya : kenapa aunti marah-marah?

sebenarnya saya dah tahu kenapa keluarga bos saya marah-marah tapi saja saya nak dia sendiri yang bagi tahu saya.

Maid : tak tahu kenapa aunti marah
Saya : mesti ada sebab kenapa aunti marah u kan
Maid : entah

saya ketuk-ketuk pen atas meja conteng-conteng dekat buku nota sambil curi pandang dekat dia tunggu dia luahkan apa yang dia nak luahkan.. 5 minit dia diam saya sambung

Saya : macam ni lah u datang sini untuk kerja cari duit dan tolong keluarga u kan
Saya : u buat kerja u baik-baik sebab kalau kerja u tak berapa nak baik i takut mereka
mereka akan hantar u balik dekat agensi.
Maid : tak mahu balik dekat agensi
Saya : u ada masalah ke dengan keluarga bos?

bila saya cakap nak hantar dia balik agensi muka dia terus berubah sedih lagi tambah sedih bila saya tanya dia sama ada dia ada masalah dengan keluarga bos ke.

Maid : sabtu lepas balik dari rumah aunti saya makan mee kosong bos datang kata saya makan
( tak pasti makanan apa ) dan saya kata tak
Saya : lepas tu apa jadi
( pasr nieh saya tak ingat apa dia jawab )

sebenarnya masa dia kata pasal makan tu saya dah letak kan diri saya dalam situasi tu sebab tu saya biar je dia nangis tapi saya pura-pura tak nampak …

bla ba bla bla setelah bagi nasihat yang saya rasa agak berguna untuk dia supaya dia tak kena marah dan kerja saya tak bertambah saya bagi dia jadual apa yang dia nak kena buat masa dekat rumah, saya cuma harap dia ikut semua jadual yang dah saya buat untuk dia dan ajar dia apa nak buat.

sebenarnya kita-kita nieh kalau pun ada maid yang boleh buat semua kerja kena fikir sama perasaan maid kita, cuba sesekali kita tanya dekat maid kita masalah mereka sepanjang mereka kerja dengan kita bukannya kita biarkan maid kita pendamkan semua masalah yang mereka rasa lagi-lagi maid yang baru pertama kali sampai dari jauh.

walaupun itu maid kita tapi sesekali cuba jadikan mereka kawan kita supaya mereka rasa selesa dengan kita dan gembira bantu kita selesaikan kerja-kerja yang kita tak terbuat di sebabkan kesibukan .. memang kita bayar mereka untuk buat kerja tapi mereka juga manusia yang ada perasaan.

]]>
http://www.namiacinta.com/2015/06/sesi-kaunseling-dengan-maid/feed/ 3