Super Busy

By | 09/11/2012

Cakkk !!!!
giler kentang punya busy sejak dua menjak nieh dengan pelbagai urusan rasmi sampai tak ada masa nak bersosial ….

terima kasih banyak-banyak pada sesiapa yang menghantar pesanan pada saya bertanyakan khabar berita dan bertanya kemana saya menghilang sejak dua menjak nieh

kerana kesibukan dengan urusan rasmi dan tak berapa nak rasmi ada yang marah dan terasa hati pada saya.. maaf sesangat memang saya tiada waktu untuk diri sendiri buat masa ini….

pada yang sudi invite saya pergi event tuh saya minta maaf sesangat sebab tak dapat nak terima undangan tersebut. maklumlah kan dah nak akhir tahun banyak kerja yang perlu di selesaikan sebelum tibanya tahun 2013 ….

kalau nak terus marahkan saya sekali pun silakan, apakan daya saya kerana saya betul-betul tiada waktu… bukan tak fikir perasaan orang lain cumanya masa yang saya ada sangat-sangat terhad….

mungkin hujung tahun baru ada waktu untuk bersosial seperti biasa tapi tak berani nak janji dengan sesiapa ….. 

ada masanya saya tak mampu nak gembirakab semua orang sedangkan saya sendiri tak bergembira.. kalau ada yang kata saya dah sombong itu satu tuduhan yang tak betul .. untuk apa saya sombong dengan kawan-kawan saya…


Nota : saya tahu “awak” terasa hati kerana saya sering kali berikan alasan daripada bertemu dengan “awak” tapi apakan daya saya sebab saya tiada waktu ketika mahu bertemu dengan “awak”

update via samsung mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge