Farm Dalam Bandar

By | 25/01/2019

Beruntungnya korang yang tinggal dekat lembah klang ni sebab walaupun korang ada bangunan tinggi, dekat KL, bandar yang serba moden, tapi korang tak mengabaikan kehijauan alam. Buktinya korang boleh tengok dekat setiap best theme parks in Malaysia, yang wajib ada alam kehijauan dan dah menjadi trend mesti ada zoo kecik, atau macam tanaman-tanaman yang banyak dalam taman tema. jadi dalam hutan batu yang kita tinggal ni, dekat seri kembangan ada satu tempat yang korang boleh bawak anak-anak kecik untuk enjoy.


Nama tempat tu ialah Farm in the City, nama pun dah style kan, korang mesti tertanya-tanya apa yang ada kat situ sebenarnya. jadi kali ni saya nak cerita apa yang korang boleh buat dekat situ nanti. dekat situ harga warganegara and bukan warganegara berbeza, jadi untunglah kita yang ada MyKad ni. Yang paling penting korang kena bawak budak-budak dekat sana sebab diorang boleh tengok dengan lebih dekat haiwan dan tumbuh tumbuhan dengan lebih dekat. Dekat pintu masuk je korrang akan nampak beberapa ekor burung yang cantik, ada kandang kecil sebelum korang nak masuk tempat yang kena bayar. dan yang specialnya dekat sini korang boleh bagi makan dengan makanan yang korang beli dari mesin kat tepi-tepi jalan tu. Kebanyakkannya adalah sayur jadi selamat untuk semua binatang.

Lepas korang masuk ke start adventure dekatsetiap zon ada binatang-binatang yang lain, contohnya korang mungkin akan masuk zon yang ada kambing. Kambing yang bukan jenis hitam yang biasa kita nampak orang ternak kat kampung tu, tapi yang warna putih. Ada jugak kancil dan kuda kecik dekat dalam tu. Masa tu kalau korang bawak makanan sayur tu sekali memang kena serbu la. Tapi jangan risau sebab staff Farm in the City selalu ada untuk tolong korang. Memang jinak dan korang boleh terus bagi makan ke mulut kawan-kawan baru korang tu. hahaha. dekat sini lah korang boleh ajar anak-anak korang untuk sayangkan haiwan dan jangan takut dengan bintang-bintang tu semua.

Sambil-sambil korang lalu setiap zon tu yang paling best korang akak lalu dekat tempat kura-kura. Sebab kura-kura dekat sini agak aktif dan akan makan sayur yang korang bagi. Masa ni la boleh bergambar sebab umur kura-kura tu silap-silap lagi tua dari korang. banyak spesies kura-kura yang ada. walaupun korang boleh pegang belakang dia tu. Penyu pun ada kat dalam tu.

korang boleh tengok landak, kucing hutan. Yang paling seram tempat reptilia sebab kat situ ada ular yang besar-besar. Korang boleh tengok dari luar cermin. Ada juga telur ular yang korang boleh tengok dekat-dekat. Jangan pergi buat telur goreng sudah. Lepas tu ada lizard yang rare, iguana, dan macam-macam jenis spesies yang macam biawak dan cicak ni. Ada tu yang korang boleh pegang. Memang best.

Tempat burung-burung pun best sebab banyak spesies burung yang ada, macam burung parrot tu, burung yang banyak color, burung hantu yang besar, burung yang boleh letak dekat bahu. Ayam hutan, semua diorang letak satu tempat. Memang rasa macam tempat diorang ni berkomuniti. Silap-silap ada rukun tetangga gak. Hahah. Tapi bila masuk zon burung ni kita kena betul-betul berharap tak kena bom dengan burung. Hahahaha. Tapi kalau kena bom jangan risau sebab tempat basuh tangan banyak dekat situ.


dekat dalam Farm ni jugak ada kolam, ada banyak jenis ikan kat dalam tu, ada itik, angsa yang lepak santai-santai sekali dekat kolam tu. Korang boleh beli makanan diorang and bagi makan. anak-anak korang mesti suka sebab nampak ikan-ikan tu berpusu-pusu datang macam yakin je korang nak bagi makan. lebih-lebih lagi itik dan angsa tu yang berebut makan dengan ikan. Ikan pun besar-besar. Ada jugak satu zon tu zon arnab, guinea pig dan hamster. Yang paling aktif mestilah hamster comel-comel jer.

dan kalau nak tengok pokok-pokok atau bunga kat sini pun ada satu zon tu penuh dengan jenis-jenis bunga. Dari situ korang boleh belajar nama-nama pokok. dan sebelum saya lupa ada burung unta gak dekat sini. Korang boleh bagi makan cuma kena hati-hati jer sebab leher diorang panjang. Telur diorang pun trainer kat sini ada suruh try pijak sebab telur diorang keras. sangat menarik kan. jadi korang kalau dah selalu ke zoo negara tu, korang datang la Farm in the City ni lak. Berbaloi baloiii.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.