Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam

By | 29/07/2018

Agak lama tidak pergi bercuti, rasanya kali terakhir pergi bercuti beberapa bulan lepas gitu. ini bila ada peluang pergi bercuti walaupun dalam kawasan terasa seronok sangat …. mia kan mana reti duduk diam, otak boleh jadi tepu dan mood kemurungan pun akan berganda bila tak ada aktiviti luar.

Minggu lepas Mia berkesempatan bermalam dekat Hotel De Art seksyen 9 Shah Alam, apa yang Mia tahu hotel tu baru seminggu di buka, kiranya itu hotel baru di kawasan tu lah.

Mia dapat katil queen tu pun dah besar sebab berdua je kan, kalau nak letak lagi sorang pun boleh je rasanya . hehehe… katil jangan di katalah punya selesa sampai rasa memang tak mahu bangun lah .. nama pun bercutikan jadi kenalah gunakan masa yang ada sehabis baik.

Bilik air pun selesa sangat sebab ruang mandi agak besar tak ada lah rasa macam duduk dalam kotak, sesetengah bilik air tu muat-muat je nak pusing pun terasa sempit. lagi satu yang paling besar body shower dengan shampoo tu memnag terbaik sangat sebab mereka tak kedekut boleh guna sepuas hati dan tak payah risau nak kena mintak lagi kalau habis.

jangan kata hair dryer pun di sediakan senang nak keringkan rambut lepas mandi tak payah nak tunggu berjam baru boleh pakai tudung … siapa suka kita sep sikit lah.

Kemudahan yang mereka sediakan pun memang sangat berpatutan dengan harga yang mereka tawarkan, sebab kadang-kadang bila kita pergi bercuti takkan kita nak bawak benda yang tak perlukan mesti kita akan rasa pihak hotel sudah ada sesiakan.

kalau korang tanya pasal parking semua, korang tak perlu risau sebab kawasan tu banyak parking jadi tak perlu risau dekat mana nak parking dan kalau korag tanya situ ada tak kedai makan atau mall saya akan kata korang boleh je jalan kaki pergi plaza masalam dan kawasan situ ada je kedai makan, belakang hotel tu ada KFC jadi tak ada isu kedai makan tak ada atau susah ke apa ke.

 

Jadi Selamat Bercuti

 

Hotel DE ART SHAH ALAM

NO 15, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F
Seksyen 9, 40100 SHAH ALAM
Selangor Darul Ehsan.

 

 

3 thoughts on “Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.