Diy Face Mist

By | 22/07/2018

Perempuan dan makeup memang tak dapat dipisahkan, tapi mia ikut mood nak makeup ke tak ke. kadang-kadang keluar rumah bila malas sangat-sangat memang tak makeup langsung, sampai kalau bertebung dengan sesiapa pun sah-sah orang tak akan perasan.

Korang tahu kan nak beli face mist pun kekadang bercinta jugak dengan masa dan keadaan, walaupun zaman sekarang ni nak beli apa hanya di hujung jari tapi ada benda tak boleh nak beli dengan hujung jari kena jugak test kan, lagi-lagi bila emlibatkan muka.

face mist ni pun kalau tak kena dengan kulit muka pun boleh sakit jiwa jugak, bukan semua face mist ni sesuai dengan kulit muka kita. harga jangan di tanya lah ada mahal ada murah tapi paling penting bukan fake brand lah ye itu lagi namanya cari pasal.

Apa nk susah kita Diy saja lah face mist nie jimat pun jimat dan sah-sah selamat, macam yang saya beli nie jenama Treats beli dekat watson je 2 botol RM7 macam tu. ada lagi satu jenama korang boleh cari dekat tesco Evian tu pun boleh guna jugak.

korang boleh campur dengan apa-apa serium yang korang rasa ok, macam saya buat tu kosong je tak campur dengan apa-apa .. ada lagi satu yang saya campurkan dengan Aura Oil yang saya beli dengan Kak Siti Rokiah.

sebenarnya face mist ni bagus lagi-lagi dalam keadaan cuaca panas kan, kulit kering sangat pun tak elok jugak sebab nak elokkan balik pun becinta jugak jadi baik lah ada face mist ni lagi satu makeup boleh tahan lama.

ikut cara masing-masing nak macam mana, yang ini pun saya baru je buat selalu saya beli je kat farmasi apa-apa jenama..  lepas tengok kawan-kawan lain buat dan risik-risik  rupanya senang je..

2 thoughts on “Diy Face Mist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.