Dia Buat Aku Jadi Pentingkan Diri Sendiri

By | 07/05/2018

Beberapa minggu ni agak kelaut jugak mood untuk menulis, jangan nak kata menulis nak bukak laptop pun naik menyampah tapi bila fikir balik tak kan nak biarkan je blog nie bersawang bagaikan. jadi saya memilih untuk menulis kisah seorang kawan lama yang baru saja muncul kembali (kononlah)

minggu lepas macam tu lah kawan saya kata ” dia terkilan sangat apa yang berlaku dalam kehidupan dia, orang yang dia sayang sudah pun jadi milik orang lain dan dia kata patutnya orang tu boleh je tanya pada dia apa yang sebenarnya yang berlaku tapi orang tu lebih kepada terus menghukum dia”

dia kata lagi keluarga dia kata sejak dia tahu orang tu dah nak kawin jadi pentingkan diri sendiri, cepat nak marah dan memberontak. dia kata lagi dia tak dapat nak terima kenyataan yang orang yang dia sayang akan kawin dengan orang lain tu yang dia jadi macam tu.

dia ada cite semua pasal orang tu pada kawan dia dan bila keadaan jadi makin teruk kawan dia nak lah bagi tahu kat orang tu tapi kawan dia lagi sorang halang tak mahu keadaan jadi lagi rumit katanya.

dia kata lagi hari tu orang tu ada wasap dia tapi dia marah-marah sikit pun dia tak mahu terima apa yang orang tu katakan tapi lepas dia kemalangan ni dh baik sikit baru lah dia sedar walaupun ada bahagian salah orang tu dan dia semua tu dah pun di tentukan. dia dah pun maafkan apa yang orang tu buat pada dia.

pada saya apa yang berlaku ada sebabnya dan saya hanya mampu doakan yang baik-baik untuk mereka, kita masing-masing ada cerita kita sendiri cuma ceritanya berbeza. manusia memang selalu buat salah tapi tak semestinya mereka tak boleh berubah. cuba tanya pada hati apa lagi penting dalam kehidupan kita. persahabatan, perhubungan atau dendam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.