Sepanjang Lima Belas Tahun

By | 11/04/2018

Baru-baru ni beretembung dengan kawan lama ketika urusan kerja, lama tak lama lah kenal dengan kawan saya tu tapi bila jumpa ada saja benda yang akan di bualkan. sepanjang perjalanan saya terfikir rupanya ada lagi manusia yang kehidupannya sangat rumit  kalau nak badingkan dengan saya.

kata kawan saya 15 tahun dia tunggu seseorang, dari dia dah nikan then dan bercerai sekarang ni sampailah orang  tu dah kawen  dan sekarang keadaan jadi makin rumit. kawan saya kata lagi dia tak salah kan orang tu sebab apa yang berlaku adalah salah dia.

dia kata kalau dia tak pergi masa tu tentu keadaan akan jadi lebih baik dan mungkin dia dah pun kawen dengan orang tu tapi benda dah berlaku nak buat macam mana lagi.

saya tanya pada dia masa dia kenal dengan orang tu, orang tu umur berapa. kawan saya kata masa dia kenal orang tu, orang tu baru umur 19 tahun masa tu orang tu masih belajar lagi.

saya tanya pada dia kenapa dia pergi tinggalkan orang tu sedangkan dia mahukan orang tu. kawan saya kata cerita yang terlalu panjang dan  sampai hari ini tak ada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

kawan saya dia terlanjur dengan seseorang masa tu dia mabuk, sebab sekali tu je lah yang buatkan dia ambil tagungjawab dan nikah. itu satu-satunya darah daging dia.

saya tanya pada dia “maknanya orang yang kau nikah tu bukan sepupu kaulah, bukan ke kau kata kau nikah dengan orang tu sebab kau kesian dan maknanya itu anak kau lah” ( saya memang tahu kisah tu lama dah )

kawan saya kata lagi sebab tu dia biarkan saja orang yang dia tunggu tu kata bebukan pasal dia dan anak tu, sebab bila orang tu tahu kebenarannya keadaan akan jadi lain.

saya tanya pada dia apa yang buatkan dia tak mahu cari orang lain dan masih nak harap orang tu sedangkan orang tu dah pun nikah. kawan saya kata kalau ada jumpa dengan orang lain pun keadaannya tak akan sama, perasaan nya tak akan sama dan semuanya tak akan sama. dia kata lagi mungkin ini masa dia untuk dia rasa sakit macam yang orang tu rasakan masa dia buat dekat orang tu dulu. dia terima semua keadaan tu.

saya hanya mampu doa yang baik-baik untuk mereka, semoga kehidupan mereka sentiasa di permudahkan. dalam kehidupan kita ni mana ada manusia yang sempurna sedangkan manusia yang tak sempurna tu pun tetap tak sempurna.

3 thoughts on “Sepanjang Lima Belas Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.