Menara Condong, Pantai Bagan Burung, Sungai Besar

By | 20/02/2018

Sebenarnya dah agak lama saya nak pergi menara condong nie, cuma baru kali ini saja saya berkesempatan untuk ke situ. maklumlahkan perjalanan jauh mestilah kena tunggu masa yang sesuai.

Pagi-pagi lagi saya dah sampai sini, memang sengaja datang pagi-pagi sebab tak berapa nak ramai orang cuma masa nak balik saja dah mula ramai orang yang berada di situ.

tak ada yang menarik sangat sebenarnya cuma dapatlah belajar sejarah tentang menara condong nieh, selain dapat ambil gambar yang menarik gituu …

dekat pintu masuk menara condong tu ada jual cenderamata yang korang boleh beli sebagai kenangan tapi saya tak beli pun sebab nak jalan-jalan je kan .. nanti-nanti boleh datang lagi. nak membaca fakta yang ada di situ pun semput maklumlah kan saya kan mana nak nampak tulisan halus ..  yang tu tak ada kaitan.

 

ini kali kedua saya ke Pantai Bagan Burung, masa saya datang pertama kali tak adalah nak jalan sampai belakang tapi kali ni saya jalan lah sikit sampai ke belekang tu yang nampak port best untuk ambik gambar. dekat sini ramai orang datang untuk mencing ikan je tapi ada jugak yang bawak anak-anak bersiar-siar.

tapi dekat sini memang tak boleh mandi dan kalau mandi jugak korang faham-faham lah ye … pada saya best tempat ni untuk mencari ilham atau untuk mencari ketenangan gituuu …

 

Masa saya dekat Sungai Besar saya terjumpa rakan blogger yang meniaga air jagung kelebang dekat simpang pasar awam sungai besar tu. walaupun saya tak minum sangat ar jagung tapi sempat lah saya beli dan rasa.. nyamm nyamm nanti boleh beli lagi kalau ke Sungai Besar.

Sebenarnya itu sebahagian kisah cuti sempena Tahun Baru Cina, okey lah ada jugak aktiviti nak di buat walapun nak ke bukit melawati tak kesempatan tapi nanti nak pergi jugak. banyak lagi kisah cuti kali ini, nanti saya update lagi okey.

2 thoughts on “Menara Condong, Pantai Bagan Burung, Sungai Besar

  1. Along Murni

    Wah!! Sungai besar!! AM xpenah sampai lg.. xsangka yea, niat hati nak jejalan tapi jumpa teman blogger!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.