Angpow Terakhir

By | 22/02/2018

Sebenarnya kisah ni berlaku beberapa tahun yang lepas, tapi saya tak ingat tahu bila. setaip kali tiba tahun baru cina saya pasti akan ingat kisah tu.

Dulu ada sorang uncle dia driver lorry dekat tempat kerja saya, nak kata dia kaya tak lah kaya boleh di katakan susah jugalah. walaupun dia susah tapi dia baik pada saya walaupun kadang-kadang kata-kata dia boleh buat gaduh.

masa kena join team inventory saya mesti akan jumpa uncle tu setiap petang, dia akan bagi dokument barang yang dia dah ambil dekat tempat customer.

walaupun diorang kat situ kadang-kadang layan dia nak tak nak dan kadang-kadang layan dia tak sepatutnya tapi saya tetap macam biasa layan elok-elok uncle tu, lagi pun dah terbiasa layan semua orang elok-elok jadi sama je lah saya layan uncle tu.

lepas tahun baru cina uncle tu panggil saya dekat belakang, saya ingatkan ada apa lah dia panggil dekat tempat yang tersorok dari pandangan orang. dia kata “amoii ni angpoe untuk u, uncle tak ada banyak duit ini saja yang uncle dapat bagi”

sedih kot tengok uncle tu saya senyum dan kata terima kasih kat uncle tu. dia kata lagi ” jangan bagi tahu orang uncle bagi u angpow, lagi pun u layan uncle baik selama nie” lagi lah saya sedih … selepas hari itu semua tu macam biasa saja teruskan kerja saya.

satu hari uncle tu balik awal dalam tengahri tu, saya macam biasa lah tegur uncle tu tanya dah makan ke, sihat ke.. dia kata penat sikit cuaca panas. saya kata uncle tu petang tak ada trip uncle boleh lah.  uncle tu gelak-gelak lagi dengan saya walaupun muka dia memang nampak dia tak sihat.

tak lama lepas tu semua orang kecoh bagi tahu uncle tu pengsan dalam lori masa keluarkan barang.. diorang terus bawak uncle tu pergi hospital … tapi dah memang tertulis yang uncle tu akan pergi ketika berkerja. uncle tu pernah kata yang ntah-ntah dia mati pun masa kerja.

esoknya lepas habis kerja saya terus pergi ke tempat di mana uncle tu d tempatkan sebelum di bakar. saya nampak muka uncle tu senyum macam dia tenang je ….

sebenarnya itu adalah angpow pertama dan terakhir dari uncle tu, bukan dia kedekut tapi dia kan orang susah.. kadang-kadang kalau saya ada makanan saya bagi jugak dekat uncle tu. walaupun kadang-kadang uncle tu tak mahu ambil tapi dia akan ambik jugak bila saya pura-pura merajuk.

rest and peace ya uncle… 🙁

2 thoughts on “Angpow Terakhir

  1. Eratuku

    Simpankan angpow ini dengan baik-baik supaya ia boleh jadikan satu kenangan yang baik bagi anda.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge