Tahun Baru Di Hospital

By | 05/01/2018

Beberapa hari lepas saya ada mantion yang tahun baru saya tak berapa nak gembira, ni baru lah nak tulis kenapa saya kata tahun baru tak berapa nak gembira.

Malam tahun baru lepas makan-makan sempena ulangtahun perkahwinan kakak saya yang ke 14 tahun saya dah rasa sakit perut yang tak boleh nak tahan. masa makan-makan tu dah memang rasa sakit perut tapi masih boleh tahan.

kalau ikutkan boleh je terus pergi ke hospital tapi sejenis kedegilan konon nak tunggu sampai esok makanya balik lah rumah tapi tak sampai 10 minit macam tu tak boleh nak tahan jadi terus lah pergi ke hospital.

tahu saja lah kan hospital kerajaan ketika dapatkan rawatan kena tunggu agak lama, tapi saya tak kata teruk ya dah memang begitu jadi kenalah sabar lagi pun bukannya tahap kritikal.

ketika sedang dapatkan rawatan darah dah keluar dengan banyak, saya dah mula risau apakah itu petandanya…. (okey tak mahu sebut ) tapi saya cuba lah cool …. jam 5 pagi baru dapat keptusan dan keputusan itulah yang menyebabkan saya kena masuk wad.. bacaan darah tinggi melebihi apa yang doktor jangka.

ketika rawatan doktor-doktor kerap tanya ada rasa sakit perut atau apa-apa … mereka scan tak nampak apa-apa pun sebab tu mereka risau. jadi mereka kata tunggu 48 jam dan ambik darah tengok macam mana keputusannya.

pada hari ketiga saya di wad keputusan darah yang baru di ambil keluar, doktor bagi tahu yang bacaan darah dah drop gila-gila mungkin masa darah keluar dah keluar habis.

saya pun dah redha sebab saya dah tahu itu yang akan doktor katakan, jadi pada hari itu doktor benarkan saya balik dan berikan cuti rehat selama beberapa hari.

sekian saja kisah tahun baru saya ..

3 thoughts on “Tahun Baru Di Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge