Stadium Kami, Hak Kami

By | 31/01/2018

Pagi tadi  berlangsung satu sidang media menuntuk Stadium Shah Alam di kembalikan demi bola sepak Selangor. Wakil daripada Badan Bertindak Penyokong Selangor yang terdiri daripada penyatuan kelab-kelab penyokong pasukan Selangor untuk menjadi lidah rasmi majoriti  penyokong pasukan bola sepak Selangor berkenaan isu-isu berbangkit dan yang terkait dengan pasukan Selangor pada masa ini

Kenyataan media 2 muka surat yang di keluarkan pada hari ini turut mejelaskan kenapa sidang media tersebut adakan, salah satunya untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar Selangor kenapa Pasukan Selangor tidak dibenarkan menggunakan Stadium Shah Alam dan di berikan kepada PKNS FC dan FELCRA.

Mereka juga mahukan satu perjumpaan rasmi di adakan untuk membincangkan pekara tersebut dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit terutama isu Staduim Shah Alam.

Mereka akan menghantar memorandum untuk mendesak Kerajaan Selangor membenarkan Stadium Shah Alam menjadi gelangang rasmi Pasukan Selangoor. mereka juga mendesak FAS memberikan jawapan selepas memorandum di serahkan dalam masa 48 jam.

Apa yang saya harapkan akan ada sesuatu yang lebh baik buat Pasukan Selangor tahun ini dan Stadium Shah Alam dapat di kembalikan kepada Pasukan Selangor.

 

Foto : Faizal Wahid

3 thoughts on “Stadium Kami, Hak Kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge