NUR’ASIA THAILAND Dilancarkan Untuk Pasaran Negara Gajah Putih

By | 21/11/2017

Nur’Asia HQ hari ini melakukan kejutan apabila secara rasminya bakal membuka sebuah lagi syarikat induk di Thailand Disember ini. Semua produk lipstik di bawah jenama Nur’Asia untuk pasaran seluruh Thailand akan dikendalikan secara rasmi oleh Nur’Asia Thailand dikatakan bakal bermula dari Disember 2017.

Untuk anda yang belum tahu, pada asalnya beberapa produk Nur’Asia dilancarkan di pasaran Thailand di dalam skala kecil bermula hanya di beberapa tempat di Thailand. Kemudiannya produk ini telah menarik perhatian salah seorang ahli perniagaan tempatan di Thailand yang juga seorang penyanyi untuk menjalinkan usahasama.

Individu yang telah berjaya menambat hati pengasas Nur’Asia sendiri iaitu Don Aiman atau terkenal dengan jolokan nama Abang Gincu dan bertanggungjawab mengendalikan Nur’Asia Thailand ialah Wongsapat Ratipatpornkul. Katanya mungkin selepas ini produk lipstik Nur’Asia akan turut dipasarkan di pasaran Laos, Myanmar dan Kamboja.

Bagi mereka yang sekarang ini sedang menantikan peluang bisnes bersama Nur’Asia boleh menghubungi talian hotline Nur’Asia di 0127780886. Nur’Asia sedang membuka peluang perniagaan di seluruh negeri terutama di negeri permintaan yang tinggi iaitu di sebelah utara, selatan dan negeri-negeri di pantai timur.

Untuk sesiapa yang dah terlepas baca artikel Nur’Asia di paper Utusan, Kosmo ataupun di Majalah Harmoni boleh melayari laman sesawang rasmi Nur’Asia di www.nurasia.com.my dan mengetahui lebih lanjut tentang peluang untuk menjana pendapatan.

One thought on “NUR’ASIA THAILAND Dilancarkan Untuk Pasaran Negara Gajah Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.