Lazada Malaysia Sudah Kenapa?

By | 17/03/2017

Bulan lepas macam tu saya beli dua barang dari Lazada Malaysia menggunakan voucher yang saya dapat dari kawan blogger ( saya mintak ye bukan dia bagi ) jadi bila dah ada voucer hanya boleh beli dua barang sahaja tapi saya memang dah ada barang yang berkenan di hati.

sebab barang dari overseas jadi akan ambik masa satu minggu macam tu baru akan sampai ke saya, macam biasalah saya akan sabar tunggu. bila nampak ada email dari Lazada Malaysia bagi tahu yang dua barang tu dah buat penghantaran saya jadi pelik ..

saya tunggu lagi beberapa hari dan bila saya terima email dari Lazada mengatakan barang saya sudah sepenuh nya di hantar saya terus check dengan guard ada barang dari Lazada atau tidak tapi mereka kata tiada barang sampai.

saya hantar tiket pada pihak Lazada memaklumkan saya tidak terima barang selepas tiga hari mereka menghantar email kepada saya. saya mintak mereka emailkan cn yang sudah ada sign menerima tapi saya kena tunggu 48 jam baru mereka akan emailkan. okey saya sabar lagi tunggu.

hari ini saya terima email dari mereka, mereka menghantar cn yang saya mintak, di situ ada tetera satu nama tapi nama tersebut tiada dalam senarai staff dan guard memang bagi tahu tiada barang dari Lazada.

Jadi sekarang apa?

saya kena tunggu lagi 48 jam untuk mereka hantar report dan tunggu lagi 2 atau 3 hari mereka akan refund balik harga barang tersebut. walaupun saya dah kata saya tak mahu mereka refund sebab saya mahukan barang yang saya beli, malangnya mereka kata mereka hanya boleh refund sebab mereka tiada barang gantian.

harap-harap mereka tunaikan janji mereka untuk refund balik harga barang yang hilang tu, walaupun harga barang tu tak seberapa tapi kalau dah memang nak sangat barang tu apa boleh buat kan.

 

3 thoughts on “Lazada Malaysia Sudah Kenapa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.