Hotel Terbaik di PJ, Best Western Petaling Jaya

By | 10/03/2017

 

Bercuti Dekat Petaling Jaya… Haha, mesti korang pelik kan kenapa PJ? Korang tahu tak Petaling Jaya ni merupakan salah satu kawasan tarikan utama dalam Daerah Petaling. Kalau korang nak tahu, dekat sini banyak tempat tarikan yang boleh dilawati bersama keluarga. Rata-rata tempat menarik di sini lebih kepada kawasan hiburan keluarga dan tempat membeli belah. Tempat yang paling terkenal dekat sini ialah Sunway Lagoon yang terbahagi kepada 5 bahagian iaitu water park, amusement park, wildlife park, extreme park dan scream park. Korang kena datang ke sini dan alami sendiri keseronokan bermain pelbagai pilihan permainan air yang terdapat di Sunway Lagoon. Dengan bayaran sebanyak RM 170 untuk dewasa, RM 140 untuk kanak2 dan warga emas, korang boleh merasai keseronokkan melakukan pelbagai jenis aktiviti dan permainan sepanjang hari. Pastikan korang bawak pakaian lebih bila datang sebab tentu lah akan basah kan, dah nama pun Sunway. Antara tarikan lain di PJ ialah Camp5 Climbing Gym, Break The Code dan banyak lagi.

 

 

Jadi alang-alang bercerita pasal PJ ni, saya nak cadangkan salah satu penginapan yang terbaik di Petaling Jaya iaitu Hotel Best Western Petaling Jaya. Selain daripada lokasinya yang strategik, keunikan lain hotel ini ialah merupakan sebahagian daripada Kompleks CENTRESTAGE yang menawarkan kemudahan pelbagai fungsi untuk perniagaan, runcit, kerja, riadah dan gaya hidup semua di satu tempat. Korang boleh memilih dari 344 bilik yang tersedia kepada beberapa jenis bilik seperti Superior Twin, Presidential Suite, Club Room Superior, Suite Executive dan Queen Superior yang mana setiap bilik direka untuk memenuhi keperluan pengunjung. Pastikan bilik yang dipilih sesuai dengan bajet dan keperluan korang. Jadi nanti tak adalah korang membazir semasa bercuti kali ni. Salah satu tarikan utama hotel ini ialah kemudahan rekreasi seperti kolam renang luar dan kolam renang (kanak-kanak). Jadi, korang tidak perlu pening kepala nak cari pantai kat Petaling Jaya ni sebab memang tak akan ada. Korang juga boleh merehatkan diri di bilik wap yang terdapat di hotel ini. Percutian korang tidak lengkap kalau korang tidak pergi membeli belah terutama bagi kaum wanita. Terdapat beberapa pusat membeli belah yang ada disekitar hotel seperti Pinnacle Petaling Jaya, IOI Mall dan juga 3 Two Square yang mana jarak masing-masing dalam range 1 km dari hotel. Jadi korang tidak perlu lagi nak susah-susah menempuh kesesakan jalan raya untuk pergi membeli belah jauh-jauh. Jalan sikit je dah sampai.

Bila pergi bercuti, sudah tentulah lah faktor keselamatan yang paling diutamakan. Tak kisah la keselamatan diri sendiri mahupun barang yang kita bawa. Untuk hotel ini, korang tak perlu risau mengenai kawalan keselamatan kerana kawalan keselamatan 24 jam yang ditetapkan oleh pihak hotel untuk keselamatan pengunjung. Setiap bilik dalam hotel ini dibekalkan dengan kemudahan peti besi untuk kemudahan pengunjung. Jadi korang boleh menyimpan barang berharga korang dalam peti besi untuk mengelak dari kes kecurian. Hotel ini juga dilengkapi dengan pusat e-perniagaan,pernggunaan Wifi percuma,perkhidmatan printer,fax ,dan juga kemudahan mesyuarat untuk memudahkan aktiviti ahli perniagaan yang memilih Best Western Petaling Jaya sebagai tempat penginapan. Untuk korang menjamu selera,ada dua pilihan sama ada untuk makan di restoran dalam hotel ataupun diluar hotel yang terletak dalam range 1 Km dari hotel.Jika korang memilih untuk makan diluar, antara tempat makan yang korang boleh pergi iaitu Enorman Restoran Itali, Terkenal Corner, Star Oriental Restoran dan banyak lagi.

Jika korang plan datang bercuti ke sini, pastikan korang pilih Best Western Petaling Jaya sebagai pilihan muktamad untuk tempat penginapan korang. Bukan tu je, korang boleh  check best western avalaibility anytime once korang visit the official Traveloka website untuk membuat tempahan.

 

 

3 thoughts on “Hotel Terbaik di PJ, Best Western Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.