Selepas Sekian Lama

By | 20/02/2017

 

Dulu saya selalu tertanya-tanya kemana mereka semua, macam mana kehidupan mereka sekarang. saya tanya sendiri lagi adakah mereka masih ingat suatu ketika dulu? saya tiada jawapan pada masa itu dan untuk kali keberapa saya hentikan pencaian saya.

Beberapa hari lepas saya nampak kawan kakak saya masukkan gambar tu di mana dia tag beberapa orang yang saya kenal dan dari situ lah saya dapat berhubung balik dengan mereka semua.

kawan-kawan perempuan semua dah ada keluarga sendiri, ada yang masih berada di tempat lama dan ada yang berhijrah. lelaki tak pasti pulak sebab masih belum tahu khabar berita.

saya bersama mereka cuma setakat form 3 saja lepas tu saya berpindah ke negeri lain, cuma masa tu kita orang berhubung melalui surat saja. masa tu mana ada smartphone kan kalau ada pun public phone hahahahah jadi jalan selamat dengan surat saja kami berhubung tapi tu pun tak lama sangat lepas tu saya terus diamkan diri.

masa tu saya orang yang macam mana ya? kalau tanya soalan tu pada saya tentu saya sendiri tak dapat nak jawap soalan tu. masa tu kanak-kanak riang lagi mana nak tahu semua tu kan.

mungkin saya kena balik ke sana untuk jumpa mereka semula .. tapi bukan masa terdekat ini .. saya masih perlukan masa untuk berhadapan dengan mereka lepas dekat 17 tahun tak jumpa macam tu. terlalu lama masa berlalu rupanya.

saya tak bersedia jumpa mereka sebenarnya…

3 thoughts on “Selepas Sekian Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.