Selamat Tahun Baru 2017

By | 03/01/2017

Hi korang …. Harap masih belum terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru 2017 buat semua pembaca blog namiacinta, harap tahun baru ni akan buat korang lebih bersemangat untuk teruskan kerjaya dan hobi korang lah ye…

saja nak tanya korang agak-agak lah apa azam tahun baru korang ke korang bawa azam tahun lepas ke tahun ini … heheheh biasanya saya akan bawa azam tahun lepas ke tahun ini tapi kai ini saya saja buat azam baru untuk mencabar diri sendiri .. maklumlah kan dah lama sangat mereput …

Azam tahun baru 2017

* nak ada bisnes sendiri
* nak ada studio tarian
* nak simpan duit
* nak menulis lebih banyak
* nak hidup berdua

itu antara azam tahun baru saya, harap-harap salah satu azam yang saya dah listkan itu akan menjadi kenyataan hujung tahun ini, kalau buat azam pun bukan sebab orang lain untuk diri sendiri jugak kan.

Penutup 2016 yang tak berapa nak sempurna buat saya sebenarnya, banyak sangat kekusutan yang perlu saya selesaikan hingga ada masanya saya rasa tak mampu untuk hadap semua tu .. tapi saya percaya setiap kesabaran akan berakhir dengan kegembiraan.

untuk tahun 2017 ini saya mahu lakukan lebih banyak kebaikan, mahu lebih banyak fikir benda-benda postif, malas nak fikir benda remeh dan benda yang hanya akan mengusutkan fikiran … paling penting kekal comel macam biasa kahkahkah …..

sebenarnya tak payah mintak banyak-banyak kalau benda yang mudah kita tak dapat nak lakukan, kalau kita hanya nampak salah orang lain, bila orang lain hanya nampak salah kita, bila kita rasa semua benda hanya menyusahkan kita macam mana kita nak rasa gembira dengan kehidupan kita.

akhir sekali ……. kalau kita rasa orang jauhkan diri kita cepat-cepat kita tanya diri kita ada kesalahan yang kita buat ke sampai orang jauhkan diri dari kita, terus senyum walaupun hati skait … teruskan kehidupan walaupun di duga .. paling penting kita berdiri atas kaki sendiri …

 

6 thoughts on “Selamat Tahun Baru 2017

  1. Rayna

    semoga semua impian mia utk tahun baru ni akan tercapai.. insyallah 🙂

    Reply
  2. HealthMedia

    Salam kenal dan selamat tahun baru 2017 (terlambat dikit), moga apa yang di impikan menjadi kenyataan dan barokah. Amin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.