ANT Beach Camp

By | 29/11/2016

15240233_552393494957681_96939286_n

Minggu lepas saya berpeluang melawat tapak ANT Beach Camp yang terletak di Kampung Mengabang Telong, Kuala Terengganu, kawasan cam yang berdekatan dengan pantai memang sangat sesuai untuk bercamp.

perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih dari 8 jam ( 4 – 5 kali berhenti kononnya ) akhirnya membawa kami ke destinasi yang memang di nanti-nantikan ..

15253573_550811485115882_2710985915260050012_n

Masa ini  baru sampai dekat tapak camp, hari hujan jadi berteduhlah kami di bawah canopy yang ada di situ sementara menunggu yang lain mendirikan khemah .. bukan kami tak pandai dirikan khemah ye cuma dah lupa macam mana nak dirikan khemah je tu pasal kami biarkan orang lain dirikan khemas sambil kami bergosip.

15281828_552393501624347_1588405893_n

Mengikut perkiraan saya kalau tengok pada keluasan tapak camp boleh mautkan lebih dari 10 khemas termasuk khemah besar gedabak … kalau takar korang 12 orang cukup lah dirikan 4 khemah sederhana besarkan … nama pun camp jadi buat apa nak sempurna sangat …

15226510_552393491624348_1448431195_n

paling best dekat tapak camp tu korang boleh buat bbq jugak sebab tempat semua dah ada tinggal korang beli bahan je dan bbq lh sepuas hati korang.. tapi boleh je korang nak beli bahan mentah dekat situ sebab situ kan kawasan nelayan so senang lah dapat bahan mentah…

15168859_682185498615059_2715408364361812746_o

kan saya dah kata tapak camp tu dekat dengan pantai dalam 500 meter macam tu ke lebih sikit kalau jalan kaki kurang dari 5 minit dah boleh sampai, lagi satu korang boleh je dirikan khemah tepi pantai kalau korang nak memang tak ada masalah pun.

masa tu air tengah pasang ombak pun kuat sangat so memang main tepi-tepi je lah tak berani nak mandi sebab takut kena tarik dengan ombak.. berdiri tepi-tepi pun memnag dah rasa takut sikit tiap kali ada ombak .. walaupun korang pandai berenang jangan sesekali korang tunjuk kepakaran korang ye .. kahkah..

15209207_552393484957682_338628866_n

sesekali kena nimati aktiviti macam nieh baru lah terasa kelainan nya … kalau nak mencabar lagi korang cuba bbq sosej perisa pasir .. hahahahahah okey itu paling tak boleh blah … malam tu mereka bakar sosej semua sebabkan masa tu kejap hujan kejap reda jadi mereka gunakan mesin angin untuk hidupkan api yang suam-suam nak nyala .. makanya pasir yang ada di situ semua melekat do sosej dan daging burger .. tapi habis jugak lah mereka makan .. hahahahaha

baiklah saya sarankan kalau korang nak pergi adalah lebih baik korang pergi pada bulan April hingga Ogos jangan pergi masa musim hujan nanti apa aktiviti pantai pun korang tak boleh nak buat … buat rugi korang je datang jauh-jauh tapi kena duduk dalam khemah sebab hujan bagai …

 

ANT BEACH CAMP

Lot 3294, Jalan Gong Dato-Batu Rakit,
Kampung Mengabang Telong. 21030, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman. Malaysia

Azmi : +6 013 332 0014
Nazri : +6 019 390 7471
Taufiq : +6 012 6886 434

[email protected]

 

 

10 thoughts on “ANT Beach Camp

    1. Namia Cinta Post author

      yup musim tengkujuh dekat sana sebab tu x galakan datang hujung tahun kalau nak pergi
      kena pergu bulan april ke ogos macam tu

      Reply
  1. SBC

    kenapa nama dia ANT? banyak semut ke?

    p/s: banyak betul typonye ni

    Reply
  2. Taufiq ANT Beach Camp

    Assalamualaikum,

    Saya Taufiq salah seorang contact person untuk ANT Beach Camp seperti tertulis di atas.

    Terima kasih banyak banyak atas penulisan yang dibuat dan lawatan bersama rakan rakan AFSC ke ANT Beach Camp. Kami memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan di camp, harap diberikan kami tempoh untuk perbaiki segala kekurangan.

    Untuk makluman pembaca, penulis adalah salah seorang pengunjung pertama yang datang untuk kem di ANT Beach Camp yang mana masih lagi dalam keadaan serba kekurangan dan masih banyak lagi perancangan, pembinaan yang belum dibuat dan terpaksa diberhentikan seketika semasa tempoh tengkujuh.

    Insyallah, tamat tempoh tengkujuh kami akan mengusahakan camp kami dengan menyediakan lebih tapak khemah, pangkin, house trees, lebih banyak attraction di kawasan pantai dan juga aktiviti island hopping dan snorkeling di Pulau Bidong (pulau penempatan pelarian Vietnam) dan Pulau Redang.

    Follow kami di Facebook dan Instagram – ANT Beach Camp untuk update dan contact kami di nombor di atas untuk sebarang pertanyaan.

    Terima kasih

    Reply
    1. Namia Cinta Post author

      agak jauh lah .. tp tu tempat kawan kita orang untuk menyokong apa yang mereka lakukan kami ke sana lah lagi pun berbaloi lah pergi jauh-jauh sebab dapat ketenangan … dekat dengan pantai .. ekekekek

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.