Nasi Lemak Pandan Mieeza

By | 03/10/2016

14585873_525878020942562_1835633744_o

 

Sebelum ni saya hanya tengok saja rakan blogger yang lain pergi menikmati Nasi Lemak Pandan Mieeza yang usahakan oleh Abang Kamil Salleh  di hadapan Mid Point  Shopping Complex.

Masa saya sampai di sana kedai Nasi Lemak Pandan Mieeza belum bukak lagi jadi kami pun jalan-jalan dulu di dalam shopping complex tu malangnya tak ada yang best dalam tu.

Sebenarnya pada hari itu saya telah memaksa yeop untuk temankan saya ke sana, lagi pun dia asyik lah kata nak ke sana, jadi dah kebetulan dia memang ada urusan di Kuala Lumpur jadi kami pun pergi jumpa Abang Kamil berdua … hahahahahaha.

 

Nasi Lemak Pandan Mieeza

14550561_525877997609231_51124973_o

Di kedai Nasi Lemak Pandan Mieeza banyak jugak pilihan lauk yang boleh di pilih, sampai saya tak tahu nak pilih yang mana.. kalau ikutkan nak saja saya pilih semua lauk yang ada di situ tapi tak apa lain kali saya cuba lauk lain pulak.

Antara menu yang ada Ayam goreng berempah, ayam rendang ,sambal sotong ,sambal paru, sambal kerang, sambal ikan keli,telur goreng, sambal ikan bilis. Nampak tak begitu banyak menu yang ada sampai saya tak tahu nak makan apa masa tu.. hahahahaha

Fuhhh sangat sedap Nasi Lemak Pandan Mieeza tak sia-sia meredah kesesakkan lalu lintas semata demi sebungkus nasi lemak. sebenarnya masa tu saya nak nasi sikit je sebab saya memang tak makan nasi banyak tapi Abang Kamil kata baik ambik banyak takut nanti menyesal. jadi saya pun ok je lah ambik nasi banyak..

hahahahah nasib saya dengar kata kalau tak mesti saya nangis tepi meja makan dekat rumah saya.. sedap kot nasi lemak tu, rasanya lain sari yang lain susah nak gambarkan. bukan setakat nasi saja yang sedap lauk pun sedap jugak okey …

korang kena rasa sendiri kesedapan Nasi Lemak Pandan Mieeza baru korang tahu macam mana sedapnya .. lokasinya mudah saja nak jumpa tak payah pening-pening dan tak payah nak kecoh sesat ke apa ke ..

 

Nasi Lemak Pandan Mieeza

Depan Mid Point Shopping Center
Jalan Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur
013-9975122

 

 

2 thoughts on “Nasi Lemak Pandan Mieeza

  1. sensasi2020

    Salam…. Terima kasih Mia dan Yeop sudi datang dang singgah di gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza saya.

    Terlepas rindu kat korang.

    Jutaan terima kasih support bisnes saya.

    Datang lain kali saya belanja, beli 1 free 1 bungkus.

    Apapun ….. Jangan lupa jika datang ke KL, singgah di sini. Kita makan sama-sama nanti kalau ada gerai sebelah buka.
    sensasi2020 recently posted…Blogger Terkenal Singgah Beli Nasi Lemak Pandan MieezaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.