Makan Guna Daun Pisang

By | 07/10/2016

14610976_527323060798058_466427491416216133_n

Dalam pukul 11 pagi saya dah kata dekat bos saya ” hari ni macam nak makan sedap ” dia pandang saya sambil buat muka lepas tu dia kata ” apa ja yang sedap kan boleh makan sayur-sayuran je” kahkahkah lepas tu saya kata dekat dia ” u makan lah sayur-sayuran i makan benda lain” kahkah muka tak puas hati.

tengahari keluar pergi subang jaya hantar cheque gaji foreign workers jadi lepas urusan kaunter selesai bos saya ajak makan dekat kedai hujung sederet dengan public bank tu ( apa ntah nama kedai tu ) saya pun ikut saja lah yang penting Halal.

saya duduk je lepas order air mamak kedai tu terus letak daun pisang, letak nasi dan segala bagailah saya biarkan je lh sebab bos saya kata ok apa kalau nak cuba. saya tambah lah kambing  … mahhaihhhh banyak gila dia bagi kambing tu ….

Fuhhh nasib baiklah sedap so saya pun makan je lah dengan senang hati …..

Harga dia pun best jugak lah kan untuk satu set hidangan …. semua dalam RM16 .. kahkahkah kata bos saya kalau nak murah jangan tambah apa-apa makan sayur saja .. kahkahkah saya buat muka tak puas hati kena makan sayur ….

sebenarnya bos saya tu india jadi selama sebulan ni saya layan dia makan makanan yang berasaskan sayur-sayur saja sebab tu saya tak tapau apa-apa selama sebulan sebab tak ada geng nak makan … kahkahkah tapi tinggal seminggu saja lagi lepas tu boleh makan macam-macam … kahkahkah

2 thoughts on “Makan Guna Daun Pisang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.