KL Forest Eco Park – Bukit Nanas

By | 13/10/2016

14468476_525450534318644_1463306552819699498_o

Minggu sebelumnya saya berpeluang menjelajah keseluruhan kawasan KL Forest Eco Park – Bukit Nanas yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ( sebelah menara Kuala Lumpur ) sebelum ni saya hanya membaca saja kawan-kawan blogger yang pernah ke sana tapi kali ini saya sendiri menjelajah ke kawasan tersebut.

Nampaknya di sini saya kena kira anak tangga mula dari bawah sampai atas .. banyak sangat anak tangga dekat sini sebenarnya .. kahkah kesian saya hampir semput mengira anak tangga.

14449962_525450984318599_4099135554003958792_n

Masa saya naik tangga ni sebenarnya saya hanya nampak menara yang ada di tingkat atas tapi saya tak perasan itu adalah laluan je jambatan gantung.. dah sampai atas baru saya nampak jambatan gantung tu .. kahkahkah kesian kan saya.

14444992_525450754318622_7401498431098571822_o

14517578_525450877651943_1431579304281335301_n

Paras ketinggian jambatan gantung tu tak sama … ada yang bawah sikit ada yang sebelah atas tapi memang akan lalu jambatan tu .. pada mereka yang gayat sila jangan pandang bawah okey kang boleh kena serangan gantung pulak hahahahahhahah.

saya ok je dengan ketinggian jambatan gantung tu .. tak adalah gayat sangat .. kahkahkah gila belagak betul seketul kanak-kanak riang nieh hahahahah …

14570561_525450700985294_1299879483436296755_o

kalau buat photoshoot gambar kawen dekat sini pun ok jugak kan … kahkahkah gila berangan ntah bila nak kawin ntah ada hati berangan .. kahkahkah tak apa berangan kan tak kena bayar pun so bagilah saya berangan banyak-banyak..

okey sebenarnya kalau untuk korang yang sukakan ketenagan memang sesuailah beriadah di kawasan ini yang jauh dari bising segala bagai, walaupun tempat ni terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur tapi memang langsung tak akan ada bunyi bising dan lagi satu memang tempat ini di kelakan semulajadi hutannya.

 

KL FOREST ECO PARK BUKIT NANAS
Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur,
Malaysia

 

3 thoughts on “KL Forest Eco Park – Bukit Nanas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.