Program Perantisan Kemahiran Belia

By | 27/08/2016

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri sesi taklimat berkenaan “Program Perantis Kemahiran Belia” bertempat di SHRDC Shah Alam, korang pernah dengar nama SHRDC tak nama penuhnya adalah Selangor Human Resource Development Center yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor dengan kerjasama SHRDC itu sendiri.

namiacinta

 

shrdc

Program tersebut bukan baru tapi sudah lama sejak 2004 lagi, dan telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam bidang yang mereka ambil semasa belakar di SHRDC. Program ini bertujuan melatih dan memberi peluang pada anak-anak yang gagal melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya selepas tamat peperiksaan SPM.

shrdc

shrdc2

Tiada yuran dikenakan kepada pelajar-pelajar sepanjang program atau kursus ini dan ianya PERCUMA kepada semua rakyat Malaysia. Dan di SHRDC, mereka lebih mengutamakan latihan praktikal untuk memudahkan para pelajar faham dan terbiasa dengan suasana kerja sebenar dalam alam pekerjaan nanti. Namun, latihan teori juga turut diberikan agar kedua nya berjalan seiringan.

 

Program Yang Ditawarkan di SHRDC

Terbuka kepada :
Lepasan SPM
* Indsutrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)
* Solar Technology (Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Solar)
* Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)
Lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma
Malaysia Meister in Mechatronic

Antara sijil yang dianugerahkan selepas tamat pengajian untuk lepasan SPM :
* MC-091-3:2013 Industrial Automation Engineering Supervision Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SINGLE TIER)
SEDA, Malaysia
* Certificate II in Engineering BOX HILL INSTITUTE MELBOURNE, AUSTRALIA

Antara sijil yang dianugerahkan selepas tamat pengajian untuk lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma 
* Malaysian Meister in Mechatronic & Malaysian Skill Advance Diploma (DLKM)
MC-090-5:2013 – Industrial Automation Engineering Management

shrdc3

Kelebihan Program Perantisan Kemahiran Belia

*Bekerja sambil belajar
*Yuran ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia kepada semua belia Malaysia.
*Elaun/Gaji ketika dalam tempoh latihan
*Manfaat tambahan dari syarikat
*Tempoh pembelajaran yang pendek
*Pekerjaan terjamin selepas tamat tempoh belajar
*Sekiranya gagal dalam peperiksaan, calon dibenarkan menjawab sampai LULUS
*Sekiranya gagal temuduga bersama syarikat, pihak SHRDC akan bertanggungjawab sepenuhnya.
*Habis belajar dan pelatih akan terus diserap masuk untuk bekerja sebagai technician bagi lepasan SPM dan Assistant Engineer bagi lepasan SPM Tahap III/Diploma. Syarikat yang berkolaborasi dalam program ini antaranya Sony, Hitachi, Panasonic, Denso dan banyak lagi.

 

Menarikkan program yang di tawarkan dan paling penting selepas habis belajar terus dapat kerja tak perlu susah susah cari kerja, dalam keadaan ekonomi yang sangat tidak menentu adalah lebih baik mengambil peluang seperti ini dan di gunakan sebaik mungkin untuk masa hadapan diri sendiri.

 

 DAFTAR SEKARANG

Selangor Human Resource Developement Centre (SHRDC)
No. 1, Ground Floor, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam,
Selangor, MALAYSIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.