“Menolak” Rezeki Hanya Kerana Satu Nama

By | 23/08/2016

blogger

Minggu lepas ada seseorang menghubungi saya meminta saya mencari beberapa orang blogger untuk program mereka, dalam perbincangan tersebut mereka meminta saya dapatkan seorang blogger yang pada saya dapat membantu mereka ( menghebahkan program mereka )

Masa tu saya terus kata yang saya tak dapat nak tunaikan permintaan mereka tapi saya boleh dapatkan beberapa orang blogger untuk hebahan program mereka yang akan datang ni.

setelah dapatkan beberapa orang blogger yang mahu berkerjasama mereka masih lagi harapkan saya dapatkan blogger yang mereka mahukan itu tapi saya terus katakan kalau mereka masih mahukan blogger itu untuk kerjasama saya tarik diri dan blogger yang sedia ada mereka handle sendiri.

dalam hal ini saya tak perlu bermuka-muka untuk beberapa keping RM, pada saya biar saya hilang beberapa keping RM dari saya kerjasama dengan blogger itu .. cukup cukup lah tuuu ….

ada yang kata saya bodoh sebab menolak rezeki di sebabkan saya tak mahu kerjasama dengan blogger itu .. aikkkk saya pulak yang salah … okey bukan saya untuk buka aib orang dan cerita segala buruk orang jadi siapa yang tahu tu tahu lah dan siapa yang tak tahu tu lagi baik diam.

sebelum ni pun semua acara yang saya pergi saya akan pastikan blogger tu tiada dalam list jemputan, kalau kebetulan bertembung memang tak boleh nak kata apalah .. jadi lagi baik elakkan dari tambah dosa kan.

 

2 thoughts on ““Menolak” Rezeki Hanya Kerana Satu Nama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.