Biarkan Saja Perasaan Begitu

By | 30/07/2016

coffee design

 

Baru-baru ini terjumpa kawan sekolah maka terkeluarlah segala cerita tentang kisah-kisah lama yang memang saya dah lama lupakan dan saya memilih untuk larikan diri dari mereka semua .. saya lagi senang bila mereka semua tak tahu apa-apa tentang saya dan langsung tak tahu dimana saya berada. Saya hanya mendengar kisah mereka saja masa tu

Kawan : mani dah ada sorang anak kawin dengan boyfriend dia kerja polis tu,
sarah dah meninggal sebab kemalangan dekat jalan besar kawasan rumah dia, kembar pun dah kawin
dah ada anak jugak.

Kawan 1 : habis tu kau dah kawin ke belum ke dah ada anak
Kawan : aku belum lagi busy kerja dan tak ada siapa nak aku

Kawan 1 : kau memilih sangat
Kawan : aku bukan memilih cumanya tu lah aku mana lah reti nak ngorat perempuan

Kawan : along tunggu kau
Kawan 1 : hahahahaha banyak lah dia tunggu aku, buat apa lah dia tunggu aku

Kawan saya tu teringat balik apa yang berlaku pada tahun tu, itu adalah tahun sebaik saja tamat pepepriksaan SPM, dia pergi raya rumah kawan tu dengan kawan-kawan yang lain. dia tak selesa sepanjang berada di sana sebabkan abang kawan saya tu pandang je dia. selang beberapa hari tu abang kawan dia tu text dia kata nak kenal tapi dia langsung tak layan dia.

sampailah dia terima jemputan majlis dekat rumah kawandia tu, dia pergi dengan kawan-kawan yang lain jugak dan masa tu lah dia tahu sesuatu yang buatkan dia lari jauh dari mereka.

Kak Ana : Along suka sangat dekat awak, kami pun memang tak ada batahan kalau dia mahukan awak
Kawan 1 : tapi Kak Ana saya tak pernah pun bagi harapan dekat along apatah lagi nak kenal dengan along
Kak Ana : awak tahu kenapa along suka sangat dekat awak, awak tengok nie ( dia tunjuk gambar )
sebab muka awak dengan muka dia sama sebab tu along suka sangat dekat awak tapi dia dah meninggal 2 tahun lepas

Sejak hari itu dia terus larikan diri dari mereka semua, dia tak mahu seseorang yang mahu hidup dengan dia hanya akan hidup dalam kenangan yang sudah lama berlalu.

Kawan : kenapa kau tak suka along, along sampai sekarang tunggu kau
Kawan 1 : masa tu baru habis SPM kot, aku nak sambung belajar dan nak kerja dulu
dan bla bla bla”

Kawan : kau sendiri tahu kan along akan bg kau buat apa je walaupun lepas korang kawin
along tahu apa yang kau nak kejar
Kawan : aku tak tahu apa yang kau nak sebenar nya .. along buat semua untuk kau tapi kau pergi macam tu je

Kawan 1 : aku tak pernah bg harapan pun dekat along aku tak pernah kata ape2 pun dekat along
Kawan : kau nak along tu mcm mana lagi … dia ada kerjaya dia boleh bg je apa yang kau nak ..
dia pun tak mintak apa2 kat kau

sebenar nya dia tak ada jawapan nak bg .. sebab tu dia lari jauh dari mereka dan buat-buat lupakan mereka ….. dia pun tak tahu kenapa dia tak mahu terima orang tu

One thought on “Biarkan Saja Perasaan Begitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.