Perbuatan Yang Meninggalkan Kesan

By | 16/05/2016

konflik-membuat-hubungan-persahabatan-semakin-lebih-baik-MjAxNS0wNS0yOSAxNzoxNDowMQ==

Hasrul Hassan kata masa food review dekat Bangi Golf  Resort ahad lepas wife dia tanya ” mana namia tak nampak pun, tak ada erkk ” lebih kurang macam tu lah ayat Hasrul Hassan. dalam hati saya sudah kenapa wife Hasrul Hassan ni tanya tentang saya, adakah saya ada buat salah atau ada ke apa-apa kata-kata saya yang buat beliau terasa hati ……

Hanis Aleeya kata pada saya ” ntah-ntah nak jadikan madu” cehhh tangan tak ada insurans betul nanti tak pasal-pasal ada yang salah faham .. tapi saya cool je lah kan sebab memang tak ada benda macam tu berlaku …

Akhirnya Puan Linda kata ” Sbb Namia salam ngn saya tahun lepas…org lain x pandang pun..almaklumla bukan blogger ” gluppp terkedu saya dengan penjelasan Puan Linda ….  sebab tindakan saya salam dengan beliau setahun yang lepas buatkan beliau ingat pada saya … itu betul-betul buat saya rasa terharu kot ….

walaupun pekara tu kecik tapi sebenarnya ianya memberi kesan yang besar pada seseorang lagi-lagi berada di kalangan mereka yang sudah ada nama…. heheheheheh tapi betul lah kata orang walaupun perbuatan kita kadang-kadang tu pekara normal tetap akan di ingati seseorang ….

 

Nota :  Panjang umur kita jumpa lagi ye Puan Linda …. terima kasih ingat saya hingga ke hari ini … gituuuuu 🙂

3 thoughts on “Perbuatan Yang Meninggalkan Kesan

  1. ira

    betul tuh, macam terima kasih lah, even biasa tapi tu buat orang rasa dihargai.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.