Diperhatikan

By | 11/04/2016

cute

Macam dah lama sangat tak menulis sesuatu dekat sini, maaf lah bila kemalasan melanda memang akan terbiarlah blog ni bersawang tanpa do bersihkan.. sebenarnya banyak je benda yang boleh di tulis tapi itulah bila malas lagi banyak dari rajin.

last week sesuatu yang yang saya tak pernah terfikir berlaku, perbualan maid dengan my bos buat saya rasa sangat speechless gituu dan buat saya rasa adalah lebih baik saya berhati-hati dalam apa pun keadaan. bukan takut cuma saya tak suka orang lain begitu ambil port tentang kehidupan peribadi saya walaupun mereka tidak tahu apa keseluruhannya..

dua orang maid dekat pejabat tu kata dekat my bos yang saya ni kaya, dia suka tengok cara saya, apa yang saya pakai, dari hanbag, baju, kasut dan semuanya lah tentang saya .. saya hanya senyum masa tu tapi memang saya tak sangka sampai macam tu sekali pandang mereka terhadap saya.. itu baru yang mereka nampak kalau benda yang mereka tak tahu….

maid tu kata lagi, saya  ni selalu sangat travel kemana-mana yang saya mahu, travel lah sangat walaupun sebenarnya saya lagi banyak duduk dekat rumah dan kalau travel pun tempat yang sama saya rasa mana pergi luar negara …

bos saya kata dekat saya hati-hati dengan mereka berdua sebab mereka tahu je apa yang berlaku dalam pejabat ni … hahahah seram betul ada dua maid yang selalu perhatikan kita nieh … sejak dari tu saya jadi tak selesa dengan mereka dan lagi suka elak dari berbual dengan mereka berdua.. bukan lah nak bezakan taraf ke apa tapi lagi baik elakkan diri dari apa-apa yang tak baik kan..

janngan mandang mereka ni sebelah mata, mereka ni bukan orang sebarangan .. kebanyakkan merek yang datang kerja sebagai maid dekat tempat saya ni adalah lulusan universiti dekat tempat mereka cuma kita pun tahu macam mana keadaan sesetengah negara kan kalau tak terpaksa mereka pun tak akan keluar cari rezeki dekat tempat orang ..

nasib lah dua orang maid tu tak tanya berapa gaji saya tapi tak tahu lah pulak kalau mereka tanya dekat my bos .. bhahahahaha seram tahu tak seram  dan saya tak suka keadaan macam tu …..

5 thoughts on “Diperhatikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.