Good Bye Ah Mah

By | 09/02/2016

cardclub

Minggu lepas khamis malam macam tu tengah santai-santai kawan pejabat saya hantar pesanan mengatakan mak bos meninggal dunia, terdiam kejap masa tu then terus call my hod tapi panggilan tak dapat di hubungi. jadi saya biarkan saja mungkin dia sudah dapat berita tentang kematian mak bos saya.

pagi-pagi sampai pejabat hod saya kata ” tahu kan mak bos meninggal” saya kata lah dekat hod saya ” fatihah bagi tahu malam semalam” jadi teruskan kerja macam biasa dengan mood kelaut ye lah dah nak cuti tahun baru cina. dari pagi dah siap-siap pakai baju warna hitam sebab dah tahu mesti akan kena pergi ziarah bos saya. jam 5 petang macam tu hod saya tanya nak ikut tak ziarah bos then saya kata nak ikut pergi ziarah.

sampai tempat persemadian jam 7 lebih kurang, wife bos nampak kita orang dah senyum macam lega gitu .. sampai je dia bawak pergi tempat Ah Mah di tempatkan saya pun ikut sama. semoga mimpi indah ye Ah Mah ( sob sob )

masa dekat sana mereka ada sediakan makanan tapi saya cuma minum air mineral je, masa mereka bagi kuih saya hanya senyum dan kata “terima kasih” tapi mereka macam faham dan kata ” jangan risau ini katering halal u jangan risau”  jadi saya cuma minum air nescafe yang mereka berikan dan tat telur ( ambik hati kang nanti apa bos kata )

wife bos cerita malam sebelumnya dia mimpi Ah Mah mintak buatkan coffee tapi dia tak larat nak bagun dan kata “kejap lagi” lepas tu dia kata dia pergi satu tempat yang sekeliling ada tirai kuning di sekeliling tapi dia tak tahu dekat mana tempat tu. sampai lah mak dia meninggal baru dia tahu yang dia berada di upcara kematian mak dia.

Sebenarnya masa dekat sana saya seorang saya perempuan melayu yang bertudung tapi mereka layan saya sangat baik dan biarkan saya duduk dengan selesa. mereka tak pandang-pandang pun mereka buat saja hal sendiri sebab tu saya sendiri rasa selesa.

6 tahun saya kerja dekat situ setiap kali ada acara syarikat mesti ada Ah Mah, walaupun Ah Mah tak banyak sangat cakap dengan saya sebab tak berapa nak rapat tapi tetap jugak terasa.

Good Bye Ah Mah .. moga hidup baik-baik ya di “sana” ….

4 thoughts on “Good Bye Ah Mah

    1. Namia Cinta Post author

      ada je yg non muslim faham ttg islam .. mcm hari tu masa upacara sembahayang mereka saya hanya duduk tepi dan hanya melihat.. mereka kata tak salah u tgk bukan u ikut upacara …

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.