Cuti Cuti Di The Straits Hotel & Suites Melaka

By | 09/02/2016

Beberapa minggu kebelakangan ini saya begitu sibuk dengan urusan rasmi, penat jangan katalah memang sangat penat sampai tak ada masa rehat kalau ada pun rehat untuk tidur sahaja untuk rehat betul-betul rehat memang tak  berapa nak ada masa sangat lah.

Bulan 12 tahun lepas saya menang voucher penginapan di The Straits Hotel & Suites Melaka menerusi Giveaway Kisah Tatie, sebenarnya tak jangka pun boleh menang giveaway tu sebab saya bukannya tahu sangat pasal apa yang menarik di Melaka kiranya ini rezeki saya dan memang kena bercuti jugaklahkan.

12356683_424301004433598_2090983399373931463_o

 

Seminggu selepas terima voucher dari Sis tatie saya terus email kepada pihak hotel untuk tempahan bilik, nasib baiklah semasa booking berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. saya hanya perlu emailkan date dan nombor voucher sahaja kepada mereka.

maka saya angkut lah semua orang ikut saya ke melaka, tak kan saya nak tinggal sorang-sorang pulak kan sah-sah saya akan mereput kebosanan sorang diri nanti. penginapan 2 hari 1 malam tajaan sepenuhnya dari The Straits Hotel & Suites memang sangat-sangat menarik.

hari yang di nantikan pun tiba jadi kita ke melaka jalan-jalan. kalau ikutkan senang je nak cari hotel ini tapi sebab tak berapa nak tah sangat jalan dekat melaka jadinya berpusing jugak lah kita. hotel ini terletak di belakang shopping mall melaka parade ( kalau tak salah saya, mall yang besar tu ) korang guna je lah waze kalau nak tahu lokasi tepat.

12669365_440244766172555_1503674902_o

12696536_440244419505923_2130846023_o

Masuk-masuk terus kagum dengan keadaan bilik, walaupun nampak simple tapi sebenarnya ianya adalah bilik yang sangat mewah dengan citarasa moden .. cewahh moden gitu kan. betul saya tak tipu memang saya suka sangat suasana bilik sampai rasa tak mahu keluar bilik pun.

12656536_440244582839240_450189367_o

12696552_440244566172575_348355455_o

12669367_440244536172578_1268741203_o

Ruang depan ok, bilik ok, toilet lagi lah ok sebab ada bath tab tu. paling best setiap bilik ada wifi sendiri jadi tak akan kacau wifi orang lain. kalau nak guna direct cable internet pun tak ada masalah sebab di sediakan sekali. terus hilang segala penat kerja dan stress dengan macam-macam hal.

12669895_440244722839226_596067363_o

Sangat malas nak keluar tapi kena keluar jugak lah sebab nak cari makan, satu benda yang paling saya gagal sampai sekarang bila ke melaka adalah mencari tempat makan, ye lah tak kan nak makan makanan segera je kan mana nak tahan. sebab terlebih rajin dan konon nak masuk mall berdekatan jadi bertawaf lah mencari parking malangnya parking tak ada jadi kena lah keluar dari mall .. kesian kan saya.

sebenarnya ada je kedai makan sebelah hotel tu jalan kaki kurang 3 minit macam tu tapi tu lah kan jenis tak perhati keadaan sekeliling, sebelah malam baru pekara kedai makanan tu.

12675219_440243739505991_545160805_o

Frust sangat tak dapat nak jalan-jalan dekat jonker walk sebab hujan lebat malam tu, jadi mereput saja dalam bilik sambil menikamti suasana bilik yang sangat membahagiakan saya ketika ini.

12696659_440243542839344_1513025893_o

12696543_440243622839336_120551994_o

cadang nak berendam sejam dua dalam swimming pool nie tapi macam ramai je orang kan jadi kita bergambar saja lah nampaknya, lagi pun malas nak turun bawah tukar baju segala bagai… jangan tak tahu swimming pool ni terletak ti tingkat 23 ye jadi siapa yang gayat tu jangan pandang bawah nanti pengsan satu hal pulak.

12669737_440244812839217_889268757_o

terima kasih kepada The Straits Hotel & Suites untuk penginapan yang sanagt hebat ini, layanan staff yang sangat memuaskan, makanan yang sangat sedap … dan tak lupa juga kepada Kisah tatie┬ákerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang. saya sangat gembira selama 2 hari 1 malam di sini kira sangat-sangat berbaloi.

 

2 thoughts on “Cuti Cuti Di The Straits Hotel & Suites Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.