Selamat tahun baru 2016 ….
Kalau tanya saya apa azam saya untuk tahun 2016 nieh saya hanya hanya mampu kata yang saya nak jadi lagi kaya dari tahun sebelumnya, jadi untuk capai azam tu kena lah usaha dengan gigih. sebenarnya kalau tak kaya pun tak mengapa asalkan dapat hidup dengan selesa tanpa terbeban dengan hutan dan paling penting boleh hidup dengan cara sendiri.
sehari sebelum tahun baru kawan meja makan tanya apa azam saya jadi saya pun kata pada mereka ” saya mahu jadi lagi kaya ” mereka kata kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. saya kata pada mereka ” bukan saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada, saya memang sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang cuma saya nak jadi lagi kaya supaya boleh berkongsi dengan orang lain”
selain kehidupan, kerjaya, kewangan saya harap tahun 2016 ni akan lebih bermakna dalam perhubungan, macam dah tunggu lama je kan dengan seseorang tu mestilah nak move on ke next step kan tapi yang ni memang saya tak harap banyak lah kan.. macam kawan meja makan kata ” kalau ada jodoh tak kemana dan tak perlu tergopoh gapah ” saya santai-santai je dengan kehidupan saya kalau ada jodoh ada lah kalau tak ada saya bebas dengan kehidupan saya …. doakan yang baik-baik buat saya ye …
sebenarnya masa 2015 saya banyak main-main dan tak fokus dengan apa yang saya mahukan jadi tahun 2016 ni saya akan jadi lebih fokus dengan apa yang saya lakukan supaya azam nak lebih kaya tu tercapai ….
mungkin jugak saya akan lagi banyak menulis secara offline berbanding online, macam tak mahu terlalu menulis tentang kisah peribadi .. sebenarnya saya dah lama berhenti menulis tentang kisah peribadi secara terbuka.
bye bye 2015 … hye hye 2015 🙂
Selamat Tahun Baru
Salam Namia….. lama tak berkunjung ke blog kau. Moga ceria ye…,
Selamat tahun baru 2016 dan bye-bye 2015. Moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
TopSeoFriendly recently posted…Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016
Salam Namia, selamat tahun baru 2016. Moga azam nak jadi kaya bertambah kaya.
TopSeoFriendly recently posted…Pengalaman Bersama ONEXOX
Selamat tahun baru 2016 Mia, semoga tahun ni rajin la kita berblogging ya
Noriza Rahman recently posted…Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
Hensem pulak nampaknya Encik Amazon tu. Semoga apa yang dihajat dalam tahun 2016 ini akan tercapai.
Azwan recently posted…Melangsaikan hutang lebih awal menggunakan kaedah snowballing effect.