Masa Yang Terlalu Lama Berlalu

By | 27/01/2016

me45

** Kadang-kadang kita cuba macam mana pun untuk pertahankan sesuatu hubungan tapi kalau sudah bukan jodoh cuba macam mana pun tak akan kemana, sama jugak kalau sudah memang jdoh jauh dan terpisah macam mana pun pasti akan bersama. kadang-kadang kita tak sedar yang kita bazirkan masa yang lama untuk sesuatu yang kita sendiri tak pasti sedangkan apa yang kita mahukan ada di situ depan mata kita.

Selalunya kita tak sedar tindakan dan perbuatan kita menyakitkan hati orang lain hingga kita di tinggalkan, walaupun berkali kita minta maaf tapi bila hati dan perasaan sudah tiada masa tu apa yang kita kata tak akan berguna lagi.

jOrang yang sudah kenal bertahun pun belum tentu akan faham perangai dan sikap kita ini kan pulak orang yang baru kenal kita tapi kalau ada orang yang tahu sikap dan perangai kita macam mana tanpa kita bagi tahu itu adalah bonus buat kita.

dalam sesuatu hubungan tak perlu terlalu formal sangat dengan panggilan nama, sesetengah orang mesti kena panggil  sayang, abang, honey, darling bla bla bla sampai bila terpanggil dengan panggilan lain akan buat muka. sebenarnya semua tu bukan yang utama dalam sesuatu hubungan. pada saya tak kisah lah macam mana pun panggilan nya yang penting adalah hormat.

kenapa mereka yang bercinta kena mesej 24 jam sehari sedangkan bukan ada apa pun yang di perkatakan, sampai kalau lambat balas mesej dah buat muka, dah merajuk, dah maki hamun adakah ity namanya sayang. kita hidup bukan hanya untuk berkasih sayang, kalau hanya nak fikirkan berkasih sayang itu tak akan dapat teruskan kehidupan kita.

** kita ni walaupun banyak persamaan tapi ada masanya citarasa kita berlainan, walaupun kita di banyak persamaan tapi belum tentu jalan yang kita pilih tu sama. ada masanya kita akan bertikam lidah jugak, ada masanya akan merajuk, ada msanya kita akan ngada-ngada tapi semua tu kena berpada-pada dan bertempat.

jadi kita yang tentukan bahagia atau sebaliknya yang kita mahu, jangan terus salahkan orang lain cuba tanya pada diri kita apa yang kita buat untuk orang lain. dalam kehidupan kita ni bukan hanya ada kita tapi ada jugak orang-orang di sekeliling kita. jadi apa yang kita buat kena fikir dahulu apa akan berlaku dengan tindakan kita pada masa akan datang.

 

Nota : apa yang di tulis hanya sebahagian perkongsian seorang kawan yang saya ubah menjadi penulisan sendiri suoaya saya dapat menulis dengan selesa tanpa menjadi orang lain.

 

2 thoughts on “Masa Yang Terlalu Lama Berlalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.