Dataran Gemilang Putrajaya

By | 29/12/2015

Semalam saya sudah cerita pasal dua tempat yang boleh korang pergi untuk beriadah di putrajaya, dalam entry ini saya nak bagi tahu korang lagi satu tempat. tempat ini mesti kanak-kanak paling suka dan sah-sah mereka tak mahu balik selagi tak malam.

Sebelum ini mereka bersantai di dataran wawasan putrajaya ( kawasan bulatan dekat masjid depan wisma putra tu ) ┬ámasa dekat situ lagi best sebab banyak aktiviti boleh buat misalnya main roller blade, naik basikal, main kejar-kejar, naik mini skuter tapi bila aktiviti di situ di hentikan dan di pindahkan ke dataran gemilang aktiviti semua tu dah tak ada pun … tapi tetap jugak menarik.

 

12438783_428193684044330_436472423_o

Dekat dataran gemilang ini ada satu kolam yang tak berapa besar sangat, saya tak pasti kolam ini memang untuk kanak-kanak mandi atau sebaliknya tapi memang ramai kanak-kanak yang mandi manda di situ sambil di temani keluarga masing-masing. sebab tu saya kata sah-sah kanak-kanak tak mahu balik bila dah sampai sini, ye lah kan dapat main air mana tak syok.

saya tak pasti tempat ni sampai pukul berapa biasanya saya akan lepak sini dekat-dekat pukul 7 malam je tapi itu masih lagi ramai orang yang ada dekat kawasan tu. jadi tak pastilah sampai pukul berapa.

12458692_428193660710999_1733125607_o

Selain kawasan kolam tu kawasan air pancut di tengah-tengah bulatan tu pun menjadi tumpuan kanak-kanak bersuka ria tanpa ada sesiapa yang kacau jadi mereka bebas lakukan apa yang mereka suka sambil di perhatikan keluarga masing-masing

masa saya sampai macam awal lagi tak ramai sangat, dekat kolam tu pun tak berapa nak ramai tunggu lah petang sikit lagi ramai yang ada, sampai mereka kena parking dekat luar kawasan sebab dalam dah tak ada parking.

12458597_428193610711004_861809241_o

Selain tu dalam jam 5 petang macam tu akan ada pertunjukan badut jadi tempat ini akan bertambah meriah bila pertunjukkan bermula, boleh di katakan hampir setiap minggu tempat ini akan ada acara yang sama jadi tak akan bosan sangat kalau datang sini ..

biasanya mak bapak yag akan lepak sini bila dah penat layan anak-anak mereka mandi dekat kolam tu .. jadi masa berhibur lah pulak .. selain acara badut tu ada jugak acara lain kalau tak salah saya..

12459164_428193624044336_1292518373_o

Dekat kawasan yang sama jugak ada gerai jualan, ada gerai jual mainan, pakaian, makanan tapi paling banyak adalah makanan .. nak tahu sedap ke tak kena cuba sendiri lah makanan yang ada dekat gerai-gerai tu kalau saya memang tak lah nak cuba sebab dah kenyang.

jadi korang dah tahu kan mana nak bawak anak-anak korang bersantai di hujung minggu, walaupun korang rasa tempat ni macam selamat je sebab ramai ibu bapa yang perhatikan anak-anak mereka tapi kena berhati-hati jugak kena perhatikan anak-anak korang.

cara nak pergi ke sini korang cari je dalam waze korang ” dataran gemilang putrajaya ” nanti waze tu akan bawak korang ke tempat ini mungkin akan ikut jalan jauh kalau nasib korang tak baik. sebenarnya banyak kali je saya sesat dalam putrajaya nie dan beberapa kali jugak waze main cak cak dengan saya tapi sekarang ni mungkin tak sesat dah cuma kadang kadang tu sesat jugak …

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.