Pertukaran Mykad Baru

By | 03/11/2015

12208991_414397238757308_798478080_o

Sebenarnya memang kalau bukan ada sebab memang saya tak akan sampai ke JPN nieh lagi-lagi bila fikir kena “bercinta” dengan angka giliran dan orang ramai memang saya tak akan ke JPN lagi sampai bila-bila. tapi hari ini kena jugak pergi sana sebab nak temankan ayah saya gantikan mykad dia yang cip nya dah rosak jadi saya mengambil kesempatan tukar sama.

sampai sana lebih kurang pukul 10 pagi tapi tak berapa nak ramai orang sangat adalah dalam belas-belas orang yang sedang menunggu giliran. dalam setengah jam saja ( kurang ) nombor giliran pun sampai .. nampak nya mereka sudah naik taraf dan tak perlu tunggu lama-lama untuk tukar mykad baru macam dulu-dulu kala..

senang je pun nak tukar mykad baru nieh, korang sampai je korang pergi je kaunter ambik nombor tu dan cakap nak tukar mykad baru nanti staff JPN akan bagi satu borang yang korang kena isi .. tak banyak pun kena isi cuma nama, ic dan alamat baru kalau korang nak tukar alamat tu je lepas tu korang duduk diam-diam sampai nombor giliran korang sampai.

masa dekat kaunter nanti korang bagi je borang yang korang dah isi tu dan ic korang ( mereka akan ambik ic lama korang ) ambik gambar kena bayar RM10 ye masa dekat kaunter tu .. jadi tak payah gatal tangan bawak gambar sendiri sebab mereka akan terus masuk dalam system mereka. okey lepas ambik gambar semua siap dah korang boleh ambik ic korang pada sebelah petang hari yang sama …

betul tak saya kata bukan macam dulu kena tunggu berbulan baru ic baru nak siap, sekarang ni dah canggih system mereka pun dah berubah cuma kadang-kadang mereka kena upgrade diri sendiri je …. hehehehehhe.

 

3 thoughts on “Pertukaran Mykad Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.