Milik Siapa Tapak Kaki Tu ..

By | 27/11/2015

12287536_419359721594393_1114194741_o

Satu petang yang tak berapa nak damai sangat saya terbau kemiyan, sudah datang dari mana bau kemiyan itu jangan buat pasal sudahlah saya sorang dekat bawah. macam mana kalau tiba-tiba ada benda muncul mana nak lari .. uikhhhhh drama betul saya kan tak adanya lah benda tu nak muncul petang-petang hari lain lah malam hari.

dan kawan pejabat pun masuk dengan membawa bekas berisi kemiyan yang sudah di bakar, ahh sudah apa hal pulak nieh nak halau nyamuk ke apa tapi tak kann lahhh.. jadi dengan menyibuknya saya tanya kawan saya tu ” buat apa kemiyan tu” sekali dia kata bos dia nampak sesuatu dari cctv malam semalam ..

sebab tak puas hati saya tanya dia lagi “benda apa dia nampak” sambil jalan masuk warehousee dia kata malam semalam bos dia tengok cctv dari phone nampak mcm ada benda bergerak tapi bendanya tak nampak .. pagi tadi dia dah baca-baca sekarang tu yang dia suruh buat nieh..

saya cakap dengan dia ” kan memang ada benda tu kat sini ” jadi kenapa nak hairan, bukan nak kata apa lah tapi pekerja-pekerja lama memang dah tahu yang benda tu memang ada dekat warehouse jadi mana ada siapa yang nak kerja sebelah malam, mereka lagi rela tak ada ot sangat.

12287516_419359744927724_685020364_o

nampak apa yang saya nampak kalau korang tak nampak cuba korang perhati betul-betul apa yang ada …. ┬ábenda tu muncul dekat pintu masuk warehouse.. yang tu menghala ke dalam warehouse kalau tak silap saya ….

12287554_419359751594390_1482856362_o

yang ini kecik sikit dari yang atas, yang ini menghala ke luar warehouse macam tu, dua-dua kesan tu tak sama besar kalau tengok dengan jelas..  sebab tu lah saya dari dulu sampai sekarang memang tak berani nak masuk dalam warehouse bila sudah terlalu petang. saya lagi gigih ajak sesiapa temankan saya.

 

4 thoughts on “Milik Siapa Tapak Kaki Tu ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.