Menyelamatkan Mangsa Kebakaran

By | 25/11/2015

c3

Zaman sekarang ni lagi ramai yang menolong menyebarkan berita daripada menolong menyelamatkan bangsa sesuatu kemalangan jalan raya, korang tahu tak sebenarnya setiap mangsa kemalangan boleh di selamatkan jika rakyat malaysia ada kesedaran sivik dengan tidak menggunakan laluan kecemasan dan tidak menjadi penonton di sepanjang laluan kemalangan.

bila kereta terbakar mesti kita tak tahukan apa nak buat selain menunggu bomba sampai, tapi korang sendiri tahu macam mana kesedaran sivik rakyat malaysia nie mana mungkin bomba akan sampai dengan cepat kan jadi cara nak bantu mangsa kebakaran senang je.. korang tahan bas,teksi atau lori dan pinjam alat pemadam api dari mereka dan padam kan kebaran yang berlaku. kebiasaannya kenderaan berat akan menyimpan alat pemadam api dalam kenderaan mereka.

jadi korang dapat selamatkan mangsa dan risiko mangsa terbakar adalah sangat tinggi. jadi kena ada kesedaran sivik untuk tahu tentang ini, memang kebanyakkan daripada kita ( termasuk saya ) tiada pendedahan pencegahan kebakaran ini.

siapa kata rumah yang kita tinggal tak boleh terbakar, korang tahu rumah yang kita tinggal tu hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk di musnahkan oleh api. sebenarnya dalam rumah juga perlu ada alat pemadam api supaya kita  dapat menyelamatkan diri dan keluarga kita. tahu tak kita hanya ada 2 minit untuk keluar dari bangunan yang sedang terbakar.

hari tu dapur rumah jiran terbakas ketika dia sedang masak, sebab panik dia lari keluar dan minta pertolongan mujurlah kita orang ada dekat rumah dan ayah saya pergi bantu apa yang patut. nasib baik api dapat di kawal. dalam kejadian yang lain pulak rumah jiran tingkat mesin basuh dia terbakar akibat litar pintas, akibat panik jiran tu siram air jadinya api bertambah besar dan mujurlah bomba sampai cepat.

ingat ye bila berlakunya kebakaran yang berpunca dari litar pintas JANGAN siram air sebab api akan jadi bertambah besar dan jangan ketuk-ketuk dengan kain juga sebab kain adalah bahan bakar yang paling cepat terbakar. sebab tu perlu ada alat pemadam api dalam rumah juga.

paling penting dalam setiap rumah kena tahu assembly area jika berlaku apa-apa seperti kebakaran, bukan sorang ke depan, sorang ke kanan tempat paling selamat adalah di hadapan rumah, ingat kena ingatkan ahli keluarga di mana tempat berkumpul jika berlaku kebakaran. dan lagi satu paling penting LETAK KUNCI RUMAH DI TEMPAT YANG SENANG UNTUK DI CAPAI BILA BERLAKU KEBAKARAN. dalam masa yang sama kena bagi tahu anak-anak jika berlaku linta pintas yang mengakibatkan kebakaran lari keluar rumah dan minta pertolongan.

 

One thought on “Menyelamatkan Mangsa Kebakaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.