Pejam Mata Hantar Surat Berhenti

By | 11/09/2015

an-amicable-breakup-blog3

 

Beberapa ketika ini hati saya memberontak untuk pergi jauh tinggal kerja sekarang tapi …. bila terlalu banyak tapi tu lah yang buatkan saya sering kali bertangguh untuk pergi tinggalkan kerja sekarang nieh. bulan lepas parner berhenti secara tiba-tiba dan tinggalkan semua kerja yang tertangguh tanpa bagi tahu satu apa pun jadi manusia yang tinggal ini lah yang akan menjadi mangsa keadaan.

mana mungkin lah saya mampu buat semua kerja dalam satu masa, semua kerja nak kena siapkan .. dah tak terkira berapa banyak kali saya mengeluh setiap hari, baru nak siapkaan kerja yang ada depan mata kena siapkan kerja yang lain pulak lepas tu datang kerja lain yang kononnya urgent ….

bila masing-masing nak tunjuk bagus depan bos orang lain yang akan jadi mangsa keadaan, mangsanya adalah saya … bukan saya tak boleh nak lalui semua keadaan ini tapi makin hari perasaan saya memberontak untuk pergi … sama ada bos saya akan lulus kan atau saya akan paksa bos luluskan surat berhenti kerja tu nanti …. dulu lagi saya nak pergi tapi tu lah kisah nya memang tak lepas nak pergi …

macam Denaihati kata rezeki ada di mana-mana dan bila bertemu dengan team yang saling membantu in sya allah akan berjaya … sebenar nya kalau ikutkan macam-macam saya dah rancang kalau pun saya berhenti kerja … bukan sebab nak banyak masa cuma mahukan kebebasan dalam berkerja … bukan saya tak boleh berkerja dalam satu pasukan tapi kalau dalam pasukan sendiri ada pengkhianat untuk apa tunggu lama.

 

13 thoughts on “Pejam Mata Hantar Surat Berhenti

  1. syamsidar

    good job!!!tahniah!!lebih selesa bekerja sendiri daripada bekerja dengan orang. teruskan usaha…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.