Konspirasi Blogger Popular

By | 21/09/2015

Blog2

Beberapa hari ini ayat  “konspirasi blogger popular” berlegar-legar di sosial media beberapa orang rakan blogger, saya yang tak berapa nak ambik tahu apa yang berlaku turut terjebak bila ada yang tanya pada saya ” mia ada kaitan ke dengan konspirasi yang sorang blogger ni tulis” kalau ikutkan saya memang tak ada kaitan dengan blogger yang di maksudkan dan saya tak tahu konspirasi apa yang berlaku.

dari hari ke hari perkataan ” konspirasi blogger popular” makin merebak ke serta alam, saya fikir lagi kenapa ada beberapa rakan blogger yang kaitkan saya dengan benda yang saya tak tahu hujung pangkal nieh. melalui beberapa rakan blogger saya cuba dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh saya selesaikan benda yang sangat mengarut nieh…

saya huraikan apa yang berlaku sebenarnya, sebenarnya dalam hal ini cuma libatkan dua pihak saja, mungkin ada pertelingkahan yang berlaku yang ramai tak tahu jadi saya huraikan supaya benda ni settle dan tak ada lagi perkataan “konspirasi blogger popular”

Pihak A memang dah ada nama dan ada pengikut sendiri, mereka ni aman damai tak ada nak kacau mana-mana group tapi datang Pihak B yang baru  ( tak tahu asal usul ) buat group dan tarik pengikut Pihak A masuk ke group pihak B … bila pihak A marah ( mungkin lah ) Pihak B mulakan agenda dengan ujudkan “konspirasi blogger popular” .. bila keadaan itu berlaku beberapa pihak terseret sama ( tak ada kaitan sebenarnya ) jadi sebab tu tak ada siapa yang nampak kenapa ujudnya “konspirasi blogger popular”

Pihak B menjual cerita penuh ( tak pasti apa isinya sebab dalam bentuk e-book ) dengan harga RM400 .. starting penulisan “konspirasi blogger popular” dah memang boleh agak siapa yang di maksudkan cuma nak dapatkan cerita penuh perlu bayar harga yang mahal ..

kesimpulannya ini bukan konspirasi, ini lebih kepada mahu jatuhkan pihak A yang pada pandangan pihak B ntah apa-apa .. tapi tu lah bak kata perpatah “jangan di jolok sarang tebuan kalau tak mahu kena sengat”

 

Nota : siapa yang dah baca pasal “konsirasi blogger popular” tu boleh lah kongsi dengan saya .. nak jugak saya baca apa yang tertulis dalam tu 🙂

16 thoughts on “Konspirasi Blogger Popular

  1. iryantyahamad

    Selagi bernama manusia pasti ada hasad dengkinya.hanya insan yang tahu bersyukur sahaja dapat hindAri sikapnya

    Reply
  2. ENA

    alahai./.macam-macam konspirasi n kontroversi kan

    done follow namia;)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.