Maya Apartment PD Marina Resort

By | 12/07/2015

20150704_152849

Kali ini kita ubah citarasa dari bilik hotel ke apartment satu bilik, sebenarnya apartment ini ada banyak bilik cuma kali ini saya bawakan apartment satu bilik saja. manalah tahu ada di antara korang yang bercadang untuk pergi bercuti.

kali ini Maya Apartment PD Marina Resort menjadi pilihan, lokasi yang agak strategik dengan segala kemudahan ( berdekatan dengan highway dan pasaraya family store ) dan jarak dari tempat penginapan dengan pantai lebih kurang 1km ( kalau tak salah saya )

20150704_153015

20150704_153241

Apartment ini sesuai untuk satu keluarga untuk bemalam, ruang tamu yang cukup selesa untuk bersantai sambil menonto cerita pilihan atau sekadar borak-borak sebelum meneruskan aktiviti ..

20150704_152950

pada saya kalau berdua boleh lah untuk tinggal di apartment satu bilik ini tapi kalau yang ada anak-anak ramai boleh ambil apartment yang dua bilik untuk keselesaan. tapi pada saya ini dah kira ok jugak lagi pun kalau pergi bercuti setakat nak tinggal dalam bilik bukan bercuti namanya …

memandangkan apartment ini dekat dengan bazar ( lupa nama bazar tapi macam uptown ) jadi pada malam minggu akan sedikit bising dengan suara-suara mereka yang ambil bahangian menyanyi .. jadi sila bertabah lah ye..

harga satu malam apartment ini hanya MYR150 itu kalau korang booking dekat booking.com kalau korang pandai cari mungkin korang boleh dapat harga yang lagi murah siapa tahu. saya suka cari dekat situ sebab biasanya tidak perlu bayar bila daftar masuk baru buat pembayaran itu yang saya suka.

lokasi tempat ini senang saja kalau ikut shortcut dari bulatan teluk kemang tu korang boleh ikut kedai-kedai yang yang ada dekat bulatan tu terus kebelakang ada simpang masuk kiri terus je nanti korang akan jumpa tenpat ni,  atau kalau korang terlepas bulatan tu pun korang boleh jalan terus nanti korang akan nampak signboard PD Marina World korang ikut jalan tu ( satu jalan yang sama )

ada dua tarukan baru dekat port dickson kalau korang belum tahu, satu adalah rumah terbalik an satu lagi adalah muzium 3d di bandar lukut jadi boleh lah bercuti dengan gembira selain dapat main pasir di pantai ..

One thought on “Maya Apartment PD Marina Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.