Ulser Perut

By | 18/06/2015

peptic_ulcer

 

Pertama kali saya dengat perkataan “ulser perut” selalunya jugak saya kena ulser tapi di bahagian dalam mulut dan tak pernah pulak saya terfikir ada “ulser perut” jadi kiranya ini adalah pelajaran baru buat saya.

jam 3 pagi tadi salah sorang foreign worker tempat saya kerja pengsan dan di hantar ke hospital tengku ampuan oleh rakan-rakan pekerja tersebut.  salah seorang rakan pekerja tu call my bos maklumkan keadaan perkerja tu.. jadi pagi-pagi my bos dah pergi ke hospital untuk maklumat lanjut..

masa bos saya pergi doktor masih lagi tengah berikan rawatan, masa tu memang belum tahu apa sakit pekerja tu tapi kata my bos keadaan memang kritikal jugak sebab di tempatkan di ICU ..

tengahri my bos pergi lagi sekali untuk dapatkan keputusan rawatan, selesai urusan di sana my bos balik pejabat dan dia bagi tahu perkerja ulser dalam perut pekerja tu dah pecah … saya tanya lagi sekali “ulser perut” atau appendix dan my bos kata ulser perut

 

ULSER PERUT 

Ulser perut yang juga dikenali sebagai ulser peptik merupakan satu keadaan di mana selaput dalaman perut mengalami luka.Selain di perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer).

dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori dikenal pasti sebagai punca yang menyebabkan perut menjadi luka, bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan seperti ammonia, protease dancytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat. Apabila kandungan asid dalam perut meningkat, lapisan perut akan mengalami luka.

 

GEJALA ULSER

Gejala pesakit ulser adalah berbeza di antara individu. Sakit pada perut (abdomen) terutama di hulu hati adalah biasa dengan anggaran 90 peratus pesakit PUD mengalami sakit pada bahagian tersebut. Ia boleh berlaku selepas atau sebelum makan dan kadang-kadang pada waktu malam.

Punca sebenar penyakit ini tidak semestinya berkaitan dengan keasidan, namun ia berkurangan dengan ubat antacid.

Gejala-gejala lain ialah:

* Sekiranya berlaku pendarahan ulser, najis pesakit akan menjadi hitam dan melekit.

* Kesakitan di seluruh bahagian perut jika ulser perut telah pecah.

* Kesumbatan pada perut yang mengakibatkan pesakit muntah, rasa cepat kenyang dan berat badan menurun. Masalah ini timbul sekiranya ulser terjadi di antara perut dan usus (duodenum).

 

CARA BERKESAN MENCEGAH ULSER

CARA berkesan bagi mencegah ulser ialah dengan melakukan ujian endoskopi di mana sedikit kulit us diambil dari dalam perut untuk dikenal pasti jangkitan bakterianya. Melalui biopsi kuman dapat dikesan sama ada seseorang itu menghidapi ulser ataupun tidak. Ini kerana hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa sebilangan kecil pesakit yang menghidapi ulser gester mempunyai kaitan dengan sakit kanser.

Selain itu, pesakit juga diberi ubat Barium Medicine dan diambil gambar untuk memastikan sama ada terdapat luka atau tidak pada bahagian tertentu dalam tubuh (gester dan duodenal).
Bagaimanapun, bagi mereka yang pernah menghidapi ulser dan menjalani rawatan, kemungkinan untuk menghidapinya adalah besar. Sebanyak 80 peratus daripada penghidap akan mendapat penyakit tersebut dalam jangka masa setahun.

* itu serba sedikit info yang saya dapat melalui bacaan saya, ramai antara kita sebenarnya abaikan kesihatan sendiri. saya sendiri selalunya akan abaikan sakit bila sakit yang saya hadapi itu hilang tanpa berjumpa doktor ..

sampai satu tahan doktor saya kata pada saya “kalau sakit perut ( bukan sebab nak buang air ) terus datang hospitan jangan biarkan sakit lama-lama … walauun dah di ingatkan macam tu tapi masih jugak saya abaikan nanti-nanti dah sakit baru ada akal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.