Persiapan Raya Yang Terlalu Awal

By | 15/06/2015

baju raya

Tajuk entry memang dasyat kan belum puasa dah buat persiapan raya, okey sila baca sampai habis kena saya buat persiapan raya terlalu awal tahun nieh kalau nak bandingkan dengan tahun-tahun lepas. janganlah kata “belum puasa dah sibuk nak raya” kesian dekat saya nie.

Kalau ikutkan saya memang saya lagi suka buat persiapan last minit, dari tahun-tahun sebelumnya lagi memang saya akan buat persiapan last minit … sebab tu semua baju raya saya tak berapa nak semenggah sangat, ikut suka saya asalkan saya nampak cantik walaupun tak berapa nak cantik pada mata orang lain.

kisahnya ayah saya dah warning awal-awal supaya buat persiapa awal-awal memandangkan ayah saya tahu yang saya akan sibuk dengan macam-macam aktiviti sepanjang bulan puasa nieh jadi dia dah warning awal-awal. lagi satu sebab susah sangat nak dapat saiz baju yang match dengan badan saya.. kihkihkih sebab tu jugak Pakcik Eyriqazz panggil saya kanak-kanak riang …

Nampak tak Nampak tak bertapa gigihnya saya mencari baju raya yang sesuai dengan saya. heheheheh tahun nieh kita orang pakai warna unggu belacan …yahuuuuu melompat dengan riang dan boleh fokus dengan aktiviti sepanjang bulan puasa …

kasut baru

 

Sebenarnya masa saya beli kasut tu tak pulak saya fikir warna apa baju kurung saya nanti, tapi kira macam rezekilah sebab boleh match dengan baju kurung tu .. kasut tu saya beli minggu lepas masa pergi rumah makcik saya dekat nilai …

jadi kira separuh separuh persiapan saya sudah siap, tinggal lagi separuh saja yang kena siapkan sebelum raya nanti … tahun nieh tak tahu lagi nak raya dekat mana … mingkin balik kampung tapi tengok jadual kerja jugak lah kalau tak dapat cuti lama makna nya tak dapat lah raya lama-lama hiks hiks …

tengah fikir apa lagi nak kena siapkan sebelum raya … duit raya, kuih raya, makanan raya semua untuk raya … maklumlah kan bila jadual terlalu padat kenalah plan awal-awal bukan sebab teruja nak sambut raya ke apa .. sila jangan salah faham okey ..

kalau masa kecik-kecik mak dengan abah yang siapkan semua tapi bila dah besar gedabak macam nieh kena buat sendiri kadang-kadang mereka jugak yang buatkan hahahahaha …

 

3 thoughts on “Persiapan Raya Yang Terlalu Awal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.