Parking Dan Troli

By | 10/06/2015

20092009787

Semalam kita pergi beli barang dekat pasaraya giant seksyen 13 shah alam, pergi sana pun kejap je dalam setengah jam macam tu beli lauk semua … habis beli barang terus pergi dekat parking kereta.. dari jauh nampak sekeluarga dekat kereta sebelah tengah masuk kan barang dalam kereta mereka.

sampai belakang mereka suami pererempuan tu tolak troli tu belakang kereta kita, agaknya dia dengar kita kata “senang banyak macam tu” then lelaki tu gelak tapi wife dia sempat say sorry kat kita orang walaupun masa tu kita dah masuk dalam kereta.

Macam ni ke sikap sesetengah rakyat malaysia? kalau pun malas nak hantar troli tu dekat tempat letak troli sekurang-kurangnya letak lah tekat tepi bukan dekat belakang kereta orang. cuba kalau ada orang lain yang buat macam tu rasa marah tak? kalau tak marah tak tahu lah nak kata apa..

bayangkan kalau pemilik kereta tu ada anak kecik ke apa ke tak ke menyusahkan, nak alihkan troli lagi nak letak anak dalam kereta lagi .. kang kalau letak anak dalam kereta dulu jadi apa-apa kata tak bertanggungjawab tapi kalau pergi letak troli dulu masuk kan barang bla bla bla tak ke menyusahkan orang namanya.

 

menikmati secawan kopi yang akan membuatkan korang rasa bertenaga Codi Cafe
boleh buat tempahan secara terus dengan codi cafe

 

orang masa ni memang tak ada kesedaran sivik pun, hanya pentingkan diri sendiri .. nanti-nanti kalau sendiri terkena baru ada akal nak fikir … itu belum lagi yang suka letak troli dekat tengah-tengah kotak parking .. hoii sakit hati tau tak ….

jangan ada yang kata “benda kecik” ye memang benda kecik je tapi kalau di biarkan orang-orang macam ni memang tak ada akal untuk berfikir .. jadi kalau macam tu memang sesetengah rakyat malaysia nieh perangai macam tu kan ….

 

Nota : gambar sekadar hiasan

2 thoughts on “Parking Dan Troli

    1. Namia Cinta Post author

      rasa nak lempang je manusia macam ni fikir diri sendiri je
      kang kalau kata bukan-bukan kata tak baik lah dosa lah …

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.