Lexis Hibiscus Port Dickson Hotel

By | 22/06/2015

862293_15052817230027953177

Beberapa bulan nie tempat inilah yang menjadi idaman saya untuk bercuti tenangkan hati yang kononnya berserabut bagai, tapi apakan daya terasa macam belum mampu nak ke sini saja. kalau nak tunggu ada yang sponser memang tak adalah kan.

Saya lupa mana saya nampak promosi tempat ini mungkin secara tak sengaja saya terbaca tentang tempat ini.. nampak menarik tentulah menarik jugak.. jadi saya cuba-cuba lah google berapakah harganya.

kalau ikut harga dari website mereka Lexis Hibiscus yang paling murah pun kurang dari RM600 untuk satu malam itu belum termasuk segala tax semua dan paling tak best harga tu adalah untuk hari berkerja kalau hujung minggu boleh cecah kurang RM800 satu malam .. nangis tak nangis lah kan bila fikir balik macam tak berapa nak berbaloi je tapi hati teringin sangat.

9988049_45_z

Tempat ini sesuai untuk percutian family sebab semua bilik yang di tawarkan adalah bilik family, kalau untuk honeymoon macam tak berapa nak sesuai je sebab bilik yang terlalu besar .. jadi kena fikir banyak-banyak kali sebelum nak pergi nieh.. ke kena bawak semua family baru puas hati lagi puas hati kalau keluarkan duit sorang sikit baru tak akan terasa sangat kan..

ExePoolVilla-small-2-(1)

Nampak tak dekat semua bilik ( rasanyalah ) ada mini pool dekat luar siap andangan laut lagi tapi jangan berangan nak mandi pool berbogel ye walaupun korang dapat bilik hujung hujung.. kot kot ada orang yang lalu dekat situ naik boat ke sampan ke rakit ke akan nampak korang .. kihkihkih kang tak pasal pasal masuk majalah segala bagai ..

future_project_feature_001-(1)

bilik yang ada dekat situ macam nieh lah rupanya jadi memang tak lah nak mandi pool dalam keadaan yang tak sepatutnya sebab bilik depan depan akan nampak korang kot …  sah mesti korang pun teruja macam saya nak ke sana kan ….

sebenarnya boleh je kalau nak pergi ke sana dengan simpan duit sikit-sikit, macam korang simpan duit untuk percutian budjet tu sama je lah konsepnya asalkan apa yang korang nak tu tercapai.. kalau keluar duit semua sekali masa tu mesti terasa tak berbaloikan .. heheheheh

kalau ada yang sudi nak sponser percutian saya di sini boleh lah hello hello saya ye .. heheheh moga-moga di murahkan rezeki …. selamat bercuti 🙂

One thought on “Lexis Hibiscus Port Dickson Hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.