Kasut Punca Kaki Melecet

By | 10/06/2015

kasut baru

Kita nieh kalau nak beli kasut mesti akan stress sebab susah sangat nak jumpa saiz, kalau ada saiz tapi warna tak berkenan, kalau ada warna yang berkenan mesti saiz tak ada … ┬ásebelum tu pergi cari dekat parkson subang tanya dekat promot tu ” ada saiz 4 tak” sekali kita jadi tersakit hati bila promoter tu kata ” itu je lah saiz yang paling kecik kalau yang ada pun tak muat nak buat macam mana” lepas tu promoter tu terus pergi .. hoiii sakitnya hati kalau nak kerja buat cara nak kerja kalau tak duduk je rumah layan suami ke apa ke …..

kenapa kebanyakkan promoter akan pilih orang yang mereka nak layan? mereka akan layan orang yang pakai barang branded atau nampak macam orang kaya?

di sebabkan dekat parkson tak ada saiz yang di mahukan jadi tak apa lah kot-kot jumpa dekat tempat lain.. jadi lupakan kejap pasal kasut ….

masa ada dekat nilai makcik ajak pergi mitsui outlet park yang baru bukak dekat sepang.. masa sampai sana orang dah ramai paling ramai orang yang terngah beratur di du outlet .. outlet nike & adidasa .. kalau kita memang tak lah nak beratur panjang2 sampai ke hujung …

jadi kita pun tawaf lah tengok-tengok mana yang best … masuk kedai cokelat harga kemain mahal berganda … tak jadi nak beli jadi tawaf lagi tingkat bawah mana kot-kot ada yang best .. okey saya nampak zalora akan bukak outlet dekat situ sama jugak dengan carlo rino .. dah bosan tawaf tingkat bawah kit tawaf pulak tingkat atas..

 

menikmati secawan kopi yang akan membuatkan korang rasa bertenaga Codi Cafe
boleh buat tempahan secara terus dengan codi cafe

 

jadi jumpalah saya dengan kasut yang saya cari …. walaupun itu bukan warna pilihan tapi kira okey jugak lah dan ada yang nak membayarkan nya jadi saya pun belilah .. sebenarnya dah tak larat nak pakai high hell warna merah tu letih kaki ….

orang kata sebelum pakai kasut baru ( kasut yang bertutup ) kena gigit depan kasut supaya kasut tak makan kaki ( kaki tak luka ) tak pasti lah sama ada menjadi atau tak sebab dah berkurun saya dengar itu petua …

11390028_373700459493653_6780210286550290726_n

tapi malangnya kaki tetap melecet begitu.. fuhhh tahan sakit sepajang berada di luar pejabat pada hari pertama .. sampai pejabat ( lepas tugasan luar ) terus tukar pakai selipar .. nampaknya kena tunggu baik baru boleh pakai semula ..

kawan saya tanya “kenapa tak pakai setokin” saya memang tak berapa nak suka pakai stokin sangat sebab rasa macam rimas pulak ( berpeluh ) jadi memang kena tunggu kaki baik dulu baru pakai kasut tu.. orang kata kena biasa kan dengan kasut baru selama seminggu..

 

Nota : ada petua lain tak nak bagi kaki tak melecet bila pakai kasut baru?

2 thoughts on “Kasut Punca Kaki Melecet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.