Jangan Fikir Keuntungan

By | 24/06/2015

YBjf9-compressor

Tahun nieh saya berazam tak mahu beli makanan dekat bazar ramadhan sepajangan bulan puasa, kalau nak beli pun mungkin beli air dan kuih saja tu pun kalau rajin nak pergi bazar ramadhan. tapi hari ini terpaksa beli jugak makanan dekat bazar tu sebab mak saya tak berapa nak sihat …

kalau nak tunggu saya balik kerja baru nak masak memang tak akan sempat lah, dan mungkin akan bukak puasa minum air masak saja .. bukan malas ye tapi memang sangat tak sempat nak masak untuk hari ini saja..

Baru beli beberapa jenis lauk dah habis dekat RM70 untuk satu hari kalau masak tu macam-macam boleh dapat siap boleh dapat ketam masak lemak cili api lagi … tapi apakan daya redha saja lah kan dah terpaksa …

Harga satu hal kualiti makanan memang drop habis lah, nak makan pun terasa sakit hati sangat-sangat dengan kualiti makanan … kuantiti lagi lah buat terasa sangat sakit hati dan rasa nak menyumpah tapi cuba sabar sebab makanan dan bulan puasa kan.

kepada semua peniaga-peniag bazar ramadhan ingat-ingat lah sikit, awak-awak tu meniaga cari rezeki yang halal tapi kalau kualiti sebegitu rupa awak rasa rezeki yang awak dapat tu halal ke tidak … awak-awak sendiri tahu apa yang awak jual dan bagaimana keadaan makanan tu rasanya kalau bagi awak-awak makan pun awak-awak tak mahu makan tapi sampai hati awak jual makanan kualiti sebegitu.

kadang-kadang awak-awak snggup jual makanan yang dah basi semata nak jimatkan kos awak dan mahukan keuntungan yang lebih, saya cadangkan lah agak-agak makanan yang tak habis tu awak bawak je balik bagi keluarga makan tak pun awak-awak bungkus elok-elok dan sedekahkan pada mereka yang tak mampu nak makan makanan yang sedap-sedap …

saya doakan semoga rezeki yang awak dapat di berkati .. tapi tolonglah jangan jual makanan yang dah beberapa hari tak habis ye kesiam kat kami nieh yang terpaksa membeli walaupun sebenarnya tak mahu pun beli dekat bazar … dah lh ramai orang harga mahal di tambah pulak dengan kualiti dan kuantiti yang sangat menyedihkan …

bulan-bulan puasa ini tak salah pun bersedekah lebih bukan hanya fikirkan keuntungan semata-mata.. jangan kata nak pergi mekah balik hari naik fligh business class … jangan sampai rezeki yang ada tu di tarikh semula sebab perbuatan sendiri …

last saya minta maaf kalau penulisan ini keterlaluan …

5 thoughts on “Jangan Fikir Keuntungan

    1. Namia Cinta Post author

      kalau bukan sebab terpaksa memang tak beli lah .. sedih kot bila tgk makanan yg di beli kualitinya tak setimpal

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      ye lah En Titan betul lah tu cuma nya dalam kes nie memang tak sempat nak masak sebab lambat balik dari kerja … memang lagi suka masak boleh makan banyak dan rasa puas hati

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.