Cotton Craft Cafe

By | 06/06/2015

cc1

Hari tu saja-saja lah google cari tempat mana yang best untuk bersantai, google punya google terjumplah beberapa tempat best untuk bersantai yang baru yang lagi dekat dengan rumah.. jadi apa kenalah cuba sendiri kan..

kalau yang tak biasa dengan kawasan sec 13 shah alam terutamanya kawasan Dataran Alami tu mesti tak jumpa tempat yang saya nak pergi nie .. ye memang tempat tu di Dataran Alami dan kena masuk ikut main entrace ( yang ada signboard Dataran Alami ) masuk kanan terus sampai belakang .. tempatnya adalah sebelah belakang … kawasan tu agak gelap sebab tak banyak kedai bukak waktu malam dekat situ tapi korang kena redah masuk sampai belakang baru akan jumpa.

Nama tempat tu adalah Cotton Craft Cafe,  walaupun cafe tu gak kecik bila tengok dari luar tapi bila ramai orang tak nampak serabut dan rimas. itu yang paling penting.

yang paling best service dekat sini sangat boleh tahan bagus, walaupun masa saya pergi menu pertama yang saya order tu dah habis tapi sebab saya memang nak bersantai jadi tak ada masalah untuk tukar dengan menu lain..

cc3

Mocha ais denga chocolate ais dua-dua sedap dan harga setiap satu adalah RM10 sahaja … memang terasa mocha dia dengan sejuk dia .. fuhh sangat menepati citarasa saya …

cc2

Salmon Grill ( kalau tak salah namanya ) memang sedap sesangat … bau dia sedap apa lagi rasanya tapi memang sangat serius sedap . walaupun salmon grill ni bukan kesukaan saya tapi rasanya yang sedap memang kena dengan tekak saya .. paling sedap itu cendawan dekat bawah salmon grill tu …

next kena cuba makanan lain pulak, ye lah mana boleh nak makan banyak-banyak kan ini pun dah terlebih kenyang … paling penting dekat Cotton Craft tak ada GST okey jadi korang boleh makan dengan gembiranya tanpa fikirkan GST ..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.