Anak Untuk Di Jaga Bukan Di Abaikan

By | 21/06/2015

taman

Jangan sebab kelekaan kita melakukan sesuatu insan yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan, lagi-lagi insan yang tidak faham apa itu bahaya dan  sebagainya. jadi kita yang sudah boleh berfikir inilah yang kena didik insan-insan kecil ini hingga mengerti apa itu bahaya dan sebagainya.

setiap kali keluar pergi mana-mana terutama shopping mall hati mesti terasa sakit bila ada mak bapak yang sibuk dengan urusan membeli belah hingga abaikan anak-anak mereka tanpa pengawasan. sudah beberapa kali saya berhadapan keadaan macam tu sampaikan kadang-kadang sengaja saya cakap kuat-kuat supaya mak bapak budak-budak tu dengar dan alert keadaan sekeliling.

bila berlakunya kejadian anak-anak kecil jatuh dari tingkat tinggi, tersepit dekat tangga bergerak dan sebagainya benda pertama yang saya akan tanya “mana mak bapak budak tu” kalau mak bapak peka dengan keadaan pekara seumpama itu dapat di elakkan.

kalau tegur dikatakan menyibuk tapi bila anak hilang baru ada akal dan gelabah .. kadang-kadang kita-kita nieh akan kata ” tak payah nak sibuk hal orang ” bila di berikan peringatan atau nasihat sebab benda tu tak berlaku tapi bila dah berlaku baru nak sedar memang tak guna dah.

itu baru part anak-anak berkeliaran dalam shopping mall tanpa pengawasan ada satu hal lagi yang perlu di ambil serius tak kiralah dekat mana korang ada..

tolonglah ajar anak-anak korang supaya takutkan orang dan ajar anak-anak korang supaya jangan ambil apa-apa barang dari mereka yang tidak di kenali .. bila anak-anak korang mudah menerima apa yang di berikan oleh orang yang tidak di kenali maka korang kena bersedia untuk kehilangan mereka bila korang leka walaupun 1 minit.

semalam masa ayah saya berada dekat klinik dan sementara nak tunggu giliran jumpa doktor, ayah saya ada usik-usik sorang budak nieh, okey lah sebab budak nieh takut dengan orang tapi bila ayah saya ajak budak nie pergi beli cokelat terus budak nieh ikut .. nampak tak betapa budahnya anak-anak ini di pancing dengan benda-benda yang mereka suka .. nasib baik mak saya ada sama dan berbual dengan mak budak tu kalau dapat yang jenis kita sendiri tak jangka…

kesian tau bila anak-anak ini di pergunakan untuk kepentingan manusia yang langsung tak ada rasa kasih sayang, anak-anak ini di ambil organ dalaman atau di jadikan peminta sedekah dengan kekurangan anggota badan .. boleh ke kita bayangkan bertapa sakitnya mereka di lakukan begitu.. sepatutnya mereka habiskan kehidupan mereka dengan kasih sayang dari keluarga tapi sebab kita-kita nieh sering leka dengan keselamatan anak-anak kita.

 

Nota : kalau dah rasa memang tak mahu jaga anak tu baik bagi pada mereka yang memang nak anak dari kita abaikan anak tu …

One thought on “Anak Untuk Di Jaga Bukan Di Abaikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.