Rumah Api Tanjung Tuan

By | 10/05/2015

C360_2015-05-02-16-39-12-298

 

 

Selalu sangat saya nampak kawan-kawan saya post gambar dari ketinggian macam ini mengadap pemandangan laut tapi saya tak pasti di manakah lokasinya sampailah saya bertanya di manakah lokasinya, kalau dekat boleh lah pergi tapi kalau jauh memang tak lah kan nak pergi.

Lokasinya adalah Port Dickson, memang dekat sangatlah kan … terfikir jugak kalau nanti buat photoshoot dekat sini okey jugak kan lokasi pun macam menarik dan ada suasana hutan gitu ..

Last time masa pergi tu malam jadi memang tak lah nak jumpa tempat nieh lagi merepek bila ikut jalan belakang hotel PNB Ilham tu  kahkahkkahkah .. sebab tak jumpa jadi pulang saja ke rumah dan bersantai-santai depan tv …

bila dah lama macam tu baru terfikir nak pergi ke sana untuk melihat sendiri … jadi tengahari dah gerak ke sana untuk melihat sendiri apa yang menariknya ….

perjalanan ke sana kalau dari Kuala Lumpur atau Shah Alam lebih kuran 1 jam 30 minit tapi kalau dari Nilai lebih kurang 45 Minit macam tu…

 

menikmati secawan kopi yang akan membuatkan korang rasa bertenaga Codi Cafe
boleh buat tempahan secara terus dengan codi cafe

 

perjalanan nya senang saja sebab korang hanya perlu ikut papan tanda “Rumah Api Tanjung Tuan” bila korang dah jumpa jalan masuk ke sana korang kena parking kenderaan korang di sekitar hotel PNB Ilham ( itu hotel paling dekat )

Jangan lupa tulis nama korang di pondok pengawal setelah selesai mulakan perjalanan korang dengan jalan mendakit bukit .. jalan naik ke atas memang terasa seksa kalau yang tak cukup stamina mesti akan rasa cepat letih .. lebih kurang 20 minit korang akan nampak kawasan lapang dan Rumah Api .. nak sampai ke atas kena naik tangga ( yang ini pun letih jugak )

sampai di atas boleh lah bergambar sepuas hati korang dan melihat pemandangan laut dari aras ketinggian kebiasaan ….

masa jalan naik ke atas saya perasan ada satu laluan masuk ke dalam hutan di situ ada hidupan hutan ( lupa apa papan tanda namanya ) jadi mungkin korang boleh terokai alam sekitar yang ada di situ..

 

2 thoughts on “Rumah Api Tanjung Tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.