Kapal Datang Dan Pergi Tapi Jeti Tetap Di Situ

By | 06/05/2015

sikap

 

Beberapa hari ni banyak sangat benda yang buat kepala otak serabut ( macam berus sabut ) sampai mood menjunam secara mendadak hingga buatkan tiada mood untuk berkomunikasi dengan sesiapa.. masa yang ada hanya di bazirkan dengan membaca buku ( offline ) dan sebab itu jugak lah blog tak berupate bukan sebab tak ada idea tapi sebab mood menjunam mendadak.

Kadang-kadang saya fikir kenapa seseorang itu boleh berubah sikap dalam sekelip mata hanya untuk di lihat begitu hebat dan dalam masa yang sama sanggup memijak orang lain untuk berada di atas. kebelakangan ni penyakit yang menular di sekeliling saya semakin kritikal sehingga terpaksa orang atasan masuk campur untuk menyelesaikan masalah mereka ini.

kalau nak kata lebih-lebih nanti ada yang kata saya anti perkauman sedangkan saya cuma menulis apa yang berlaku di sekeliling saya .. tanpa menyebut bangsa dan agama jadi korang anggap saja dua-dua pihak adalah manusia yang tak tahu apa bangsa mereka.

Lepas tahun baru cina hari tu mereka pergi makan-makan dekat klang, sebelum nieh si A nieh memang tak bercakap dengan Si C walaupun si C nieh adalah orang atasan si A .. tapi lepas hari itu ramai yang perasan si A mula berbual dengan si C dan semua benda si A nieh cerita dekat si C .. bila si A nie dah mula layan si C jadi si A nieh rasa yang hubungan dia dengan si C dah mula ok balik setelah sekian lama mereka tak bertegur. bila dah macam tu si A nieh mula nak tunjuk power dan apa yang mahu di lakukan kena rujuk pada si C sedangkan semua tu tak penting pun.

 

menikmati secawan kopi yang akan membuatkan korang rasa bertenaga Codi Cafe
boleh buat tempahan secara terus dengan codi cafe

 

Minggu lepas si B bagi tahu saya yang dia ada tunggu satu dokument jadi saya suruh si B mintak consigment note dan check dengan pihak penghataran … selang beberapa hari si B call dan bagi tahu “nanti kalau ada dokument dari sekian sekian bagi tahu sebab dokument tu penting” kesilapan nya si B bukan bercakap dengan orang yang ada kuasa untuk ambik dokument tu tapi “orang” tu sudi membantu. tapi bila si A nie dengar yang si B nieh call tanya dokument si A terus naik atas dan terus marah-marah ( panjang jugak yang si A bebel ) agak nya tak puas hati si A turun dan terus hantar email panjang berjela siap cc dekat lady bos yang ada dekat australia sana ..

Bil dah macam tu kita orang jadi marah lah sebab benda kecik dan boleh settle saja tanp kacau lady bos yang jauh dekat sana .. petang macam tu lady bos balas email tu panjang berjela menjawab semua pertikaian si A ( terasa si A dengan jawapan ).

Esok hari nya si A buat perangai ( jam 9 pagi ) semua orang baru nak mulakan kerja si A kata dekat si B “kenapa tak follow up lagi pasal payment tu pun nak kena bagi tahu”, kalau saya ada dekat tempat si B tu memang malang nasib si A sebab ada rakan sekerja yang jenis akan balas balik bila dah sakit hati. jadi bermula bertengkaran mereka.. bila dah terasa marah sangat si B kemas-kemas barang dan balik tapi di halang oleh si C dan si C panjangkan hal ini ke pihak pengurusan … ( petang tu mereka meeting )

Itu sebenarnya sikap manusia tak kira apa bangsa sekali pun yang terdesak mahukan jawatan atau mahu pihak pengurusan nampak mereka bagus sedangkan sikap mereka itu sangat biadap dan langsung tak hormat orang sekeliling.

Jangan kata dengan rakan-rakan sekerja dengan client juga sikap biadap itu yang di tunjuk kan kadang-kadang saya fikir macam mana lah orang macam tu bila bersama dengan keluarga mereka. pada saya tak kisah nak kipas pihak atasan tapi jangan terlalu biadap dengan orang sekeliling macam sendiri tak pernah buat salah.

 

2 thoughts on “Kapal Datang Dan Pergi Tapi Jeti Tetap Di Situ

  1. Blogger Babyface

    adat rencah kehidupan memang macam tu.kadang kala rasa macam makan tomyam. kadang kala macam makan kari.

    bila difikirkan balik.semuanya ada hikmah yg tersembunyi. think positif aje. insyaAllah semuanya ok nanti.

    yg penting biar kita jadi diri kita yg sebenar.tak perlu nak pura-pura jadi orang lain.
    Blogger Babyface recently posted…Awek Dagu BelahMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.