Malaysia Social Media Week Platform Terbaik

By | 24/04/2015

C360_2015-04-22-09-00-40-708

 

Alhamdulillah berakhir sudah Malaysia Social Media Week 2015 ( MSMW2015 ) yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Time Square, Kuala Lumpur. Saban tahun Malaysia Social Media Week          ( MMSMW ) menjadi sebutan blogger dan aktivis di malaysia di mana masing-masing akan cuba merebut anurgerah yang di pertandingkan.

Tahniah buat semua pemenang Malaysia Socila Media Week 2015 ( MSMW2015 ) kiranya tak sia-sia usaha korang selama setahun mencuba yang terbaik. pada yang tak berapa bernasib baik ( macam saya ) boleh cuba lagi tahun akan datang.

Mungkin ada sesetengah antara kita ( blogger ) yang hanya mengejar anugerah yang di pertandingankan bila tibanya musim Malaysia Social Media Week ( MSMW ) tapi pada saya Malaysia Social Media Week merupakan platform terbaik buat semua blogger lama atau blogger baru untuk meluaskan networking dan dalam masa yang sama juga dapat menimba ilmu yang di kongsikan oleh panel jemputan sepanjang acara berlangsung.

Beberapa tahun ini saya sedar berlakunya lonjakan yang agak ketara ( perubahan ) kalau nak bandingkan dengan beberapa tahun sebelumnya.

terlalu banyak ilmu yang di kongsikan semasa Malaysia Social Media week yang kita ( termasuk saya ) tak terfikir untuk lakukan tapi di lakukan oleh mereka yang berkongsi ilmu. dari situ kita akan jadi lebih aktif dan lebih kreatif dalam penulisan kita.

saya tertarik dengan penyampaian Andrew Chow dan Grace Tan ( nanti saya akan kongsikan ) dua speaker itu buat saya sangat teruja dan terfikir untuk melakukan sesuatu yang selama ini saya rasa risau untuk lakukan.

Dalama masa yang sama juga Denaihati Network  merupakan salah seorang strategic partner di Malaysia Social Media Week 2015 .. terima kasih banyak-banyak untuk team Denaihati Network kerana berkongsi ilmu dan ruang untuk rakan blogger menimba ilmu … ( ada lagi jempulah lagi )

jadi kita sebagai blogger kena bijak mengambil peluang yang di berikan, bukan hanya sekadar memandang mereka yang lain sepi sebegitu dan jangan hanya fokus pada anugerah yang di pertandingkan tapi fokus juga pada seminar yang di anjurkan dalam masa yang sama.

Nota : perkongsian ilmunya akan bersambung di entry seterusnya, oleh sebab perkongsian nya dalam bahasa english jadi kena ambil masa untuk saya translate dalam bahasa melayu ( tak ada keyakinan menulis dalam bahasa english )

 

Sampai kita berjumpa lagi di Malaysia Social Media Week 2016 🙂

 

6 thoughts on “Malaysia Social Media Week Platform Terbaik

    1. Namia Cinta Post author

      fokus pada kategori yang di pertandingkan tu bagus boleh luaskan netwoking lagi bagus fokuskan juga pada seminar anjuran mereka juga …

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.