Kenapa Lebih Suka Promosikan Jenama Orang

By | 25/04/2015

team

 

Macam mana saya nak mulakan entry ini tanpa buat sesiapa terasa hati atau terasa mahu bercakaran dengan saya akibat ketidakpuasan hati sendiri sebaik saja membaca entry saya.. saya tidak mantion nama jadi anggap saja siapa yang makan cili dia terasa pedas. sebelum tu saya minta maaf kalau ada yang termakan cili sambil membaca entry ini.

saya tidak pernah terfikir pun apa yang saya tulis ada yang baca dan ada yang kenal saya macam hari ini sebab masa mula-mula say penulis semua itu hanya suka-suka saja tapi dari tahun ke tahun makin banyak saya membaca saya makin sedar akan perubahan yang berlaku dalam dunia penulisan online. makin banyak ilmu yang saya belajar makin saya sedar apa yang harus saya lakukan walaupun saya akan ambil masa yang lama untuk move on ke satu tahap yang baru.

sampai satu tahap saya rasa lebih baik saya masuk balik dalam balang kaca bila saya tak jumpa cara untuk promosikan diri sendiri supaya orang lebih kenal saya ( bukan saya tapi blog saya ) dan sampai satu tahap ada pengikut-pengikut sesetengah blogger yang kata “asik dia je yang komen” itu buat saya stuck dan slow cara saya promosikan diri ..

kalau tanya saya “sakit tak nak bagi orang kenal kita” tipulah kalau saya kata tak sakit memang sangat sakit sebenarnya ( masa tu yang kenal saya hanya mereka dalam dunia radio online ) tapi pada saya kenapa nak putus asa terlalu awal sedangkan masa panjang lagi dan msih jauh perjalanan saya.

itu cuma sebahagian kisah yang saya lalui suatu ketika dulu yang akan saya ingat sampai bila-bila supaya saya sentiasa ingat di mana saya berada sekali pun saya dah pergi terlalu jauh berbanding dahulu.

sebenarnya beberapa hari lepas ada seseorang mesej saya ajak saya pergi satu event katanya lagi boleh kenal-kenal sebab tak pernah jumpa.. dengan sopan saya kata “maaflah saya tak akan datang event tu dan apa-apa event anjuran mereka” bila jawapan nya begitu pasti akan menimbulkan banyak soalan yang saya rasa tak perlu saya jawab.. ( bukan saya untuk buruk kan orang lain )

 

menikmati secawan kopi yang akan membuatkan korang rasa bertenaga Codi Cafe
boleh buat tempahan secara terus dengan codi cafe

 

bila soalan tiada jawapan maka terkeluarlah cerita lain yang memang akan menjadi bahan penulisan saya ( ini lah entry nya ) tapi kira okey lah saya tak mantion nama sesiapa kan kan kan..

“kalau letak jenama sendiri mana ada orang nak kenal”

“kenapa nak promosikan jenama orang lain”

“sebab mereka saya dapat dua job”

saya boleh terima kalau itu berlaku secara adil maksudnya dia promosikan jenama orang lain dan dalam masa yang sama dia dapat sesuatu yang berbaloi tapi oleh di sebabkan saya faham dan terlebih faham saya hanya mampu kata dalam hati “sangat kesian dia ini”

“kita tengok dua tempat tu okey je tak ada bercakaran”

dua tempat tu nampak okey memang tak ada masalah tapi masalahnya “mereka” dan cara “mereka” dan terlalu banyak benda yang saya terpaksa tapis sebab hati manusiakan mana kita tahu lagi-lagi orang yang kita tak kenal.

sebenarnya ada je yang tahu percakaran saya dengan “mereka” yang sampai hari ini saya tak tahu kenapa dan atas sebab apa. sebenarnya tak kisah apa cerita buruk dari pihak mereka tentang saya pada orang lain itu semua tak penting dan rasanya “mereka” lebih tahu apa yang berlaku dan sebab apa.

tak perlu bazirkan masa promosikan jenama orang lain sedangkan jenama sendiri tenggelam jauh, lagi baik promosikan jenama sendiri .. kalau takut tak dapat job sila ingat rezeki Allah yang bagi sekali pun kita terasa susah nak bangunkan jenama sendiri.

 

aku raja, kau ikut aku pasti kau akan senang sedangkan hanya kroni yang akan dapat kebaikan

 

jadi sendiri fikir mahu berada di mana dan sampai bila nak harapkan jenama orang lain untuk di kenali, kena berani keluar dari tempurung yang gelap tu.. jangan biarkan orang pergunakan kita untuk kepentingan sendiri dan jangan rasa apa yang kita dapat dah memadai.

kalau ada yang kata saya tak sedar diri dan lupa dari mana saya bermula sampai orang kenal saya, saya nak kata itu silap saya tak bermula dari sana dan di sana langsung tak berikan apa-apa yang saya rasa berbaloi untuk saya..

sangat kelakar bila buat benda lain tetap kena promosikan mereka itu sesuatu yang sangat keterlaluan kalau saya pasti saya akan bercakaran mungkin itu salah satu sebab .. maaf saya memang tak suka terikat melainkan benda tu berbaloi untuk saya.

sampai bila-bila pun saya akan ingat kata-kata seseorang pada saya “ikut je apa yang mereka nak selesai masalah” itu bukan saya nak ikut apa yang orang lain mahukan sedangkan saya tak suka.. satu lagi tolong hormat hak peribadi orang lain kalau nak orang lain hormat hak peribadi kita.

5 thoughts on “Kenapa Lebih Suka Promosikan Jenama Orang

    1. Namia Cinta Post author

      kalau kena pada cara ok lh ini kalau untungkan sebelah pihak saja memang rugi diri sendiri nampaknya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.