Cara Nak Pergi Station Monorail KL Sentral

By | 22/04/2015

kl_monorail_at_station

Beberapa tahun lepas saya ada menulis tentang “Cara Nak Pergi Station Monorail KL Sentral” siapa tak pernah baca boleh baca klik sini kalau tak salah saya masa tu saya nak pergi seminar Nuffnang dekat KL itu pun Anarm yang tunjuk kan laluan nya kalau tak sampai sudah saya tak akan tahu. lagi pun saya jarang guna monorail.

selepas beberapa tahu mengikut perubahan semasa perjalanan ke monorail KL Sentral menjadi semakin mudah kalau nak bandingkan dengan dahulu.

20150422_082939

macam mana saya kata perjalanan akan menjadi semakin mudah dan lagi menjimatkan masa korang untuk ke sesuatu destinasi walaupun dalam keadaan terdesak.

Sebaik saja korang sampai ke KL Sentral pekara pertama yang korang perlu lakukan adalam pastikan laluan korang, pasti kan korang mencari laluan ke NU Sentral, kalau tak jumpa cari sampai dapat sebab ada signboard besar gedabak dekat atas tu jadi dari jauh pun korang boleh nampak.

20150422_083156

Ini paling penting sekali … korang naik tangga begerak tu dan jalan terus sampai korang nampak butik Sephora ( naik ikut pintu gerban dekat kl sentrak tu ) dan turun satu tingkat ke bawah dan ikut ke kanan.

20150422_083258

 

dari tangga bergerak korang kena masuk kanan dan korang akan nampak pintu keluar sebelah kedai  The Loaf, sudah keluar dari pintu tu korang jalan terus saja jangan belok kanan atau belok kiri.

20150422_083507

 

sampai depan korang akan nampak mesin tiket nieh jadi beli token dekat mesin ni ( tiada kaunter okey )  ikut korang nak pergi mana dan pastikan laluan korang adalah betul …

betul tak saya kata perjalanan jadi lagi mudah, tak payah nak keluar bangunan macam dulu-dulu, kalau hari hujan pun korang tak akan kena hujan pun.

One thought on “Cara Nak Pergi Station Monorail KL Sentral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.