Ancasa Residence Port Dickson

By | 13/04/2015

ancasa19

 

Last time kita orang pergi bersantai dekat port dickson, walaupun tak lama cuma satu hari tapi macam-macam yang kita orang buat sepanjang hari tu .. selalunya kita orang akan pilih hotel dekat-dekat bandar ( jauh dari pantai ) di sebabkan kebanyak kan hotel dekat pantai semua full waktu hujung minggu tapi kali ini kira bernasib baik lah..

Ancasa Residence Port Dickson menjadi pilihan kita orang kali ini, selalunya kita orang hanya lalu saja tak terfikir nak cuba. tapi entah kenapa kali ini hotel ini menjadi pilihan.

kalau korang pertama kali datang sini mesti korang akan pening nak cari kaunter pendaftaran, macam kita orang pun pening jugak mencari lastnya kena call .. kaunter pendaftaran tu dekan block B tengah-tengah .. naik ikut tangga depan swimming pool ..

ancasa16

 

ancasa18

Ruang dalam apartment yang agak luas dan selesa, yang ini apartment satu bilik jadi kalau korang yang ada family ramai boleh booking apartment yang tiga bilik, hall dia pun besar jugak boleh lepak-lepak sambil dengok tv ….

bilik tido yang agak selesa dengan katil bersaiz queen.. kalau korang nak honeymoon dekat sini pun kira ok jugak sebab suasana dia tenang je, walaupun terletak di sebelah jalan utama tapi tak bunyi bising pun..

ancasa2

pagi-pagi buta kita orang dah rasa nak terjun swimming pool tapi malangnya tak boleh nak terjun swimming pool sebab kena pakai bikini .. kihkihkih memang tak lah kan nak terjun, cuma bersantai-santai je dekat swimming pool neh..

ancasa12

 

dari bilik nampak taman dekat kawasan belakang ( bilik mengadap taman ) terasa nak jalan sekitar taman, nak tahu jugak apa yang menarik di sini dan apa yang ada …

bilik tu adalah milik untuk massage kalau nak kena buat tempahan dekat kaunter pendaftaran, masa lalu dekat sini memang bilik nieh tutup tak ada orang pun ….

1440972

okey kawasan nieh memang boleh bersantai jugak, ada pondok boleh lepak-lepak sambil menikmati suasana taman.. paling best ada court futsal dekat taman tu jadi boleh lah beriadah kalau nak..

apa yang korang kena tahu, dari hotel nieh korang boleh jalan kaki kurang dari 5 minit untuk sampai ke pantai ( sama jalan nak ke taman ) dekat pantai tu memang tak berapa ramai orang macam dekat pantai teluk kemang. sepanjang pantai ada gerak makan jadi korang boleh sarapan atau makan-makan sambil melihat laut…

kalau nak dapatkan harga murah kena rajin check dekat booking.com kadang-kadang korang boleh dapat harga lagi murah kalau booking terus dekat hotel tersebut ..

siapa kata nak bercuti kena ada duit yang banyak, kalau pandai cari mesti korang akan dapat tempat yang best dengan harga yang gempak cuma kena rajin saja …

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.